PU Abu Mohon Doa Baik-Baik Buat Mereka”, “Dah Tak Boleh Teruskan” – Hana

Sebelum ini, rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isterinya, Hana Azraa mendedahkan pendakwah bebas itu cur@ng lagi dan turut mendedahkan foto seorang wanita yang did@kwa sebagai skandal terbaru suaminya. Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakw@an tersebut dan mengatakan ia adalah spekulasi semata-mata.

Terbaru, Hana memberitahu dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing dan mereka dalam proses bercer@i kerana tidak ada lagi persefahaman: “Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing. Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” tuturnya.

Tambah Hana lagi, isu rumah tangganya itu bukan lagi satu perkara baharu dan mengakui sudah mulai jemu dan muak dengan keadaan tersebut: “Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak. Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya.

Sudah lali dengan kec@man warganet, Hana berkata dia tidak terkesan dengan segala kata-kata pengh!naan terhadap dirinya dan dengan dakw@an kifarah buatnya: “Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain). Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap,” ujarnya.

Hana baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu. Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertamanya dengan PU Abu.

Susulan k0ntr0versi mend@kwa dia berlaku cur@ng pada Januari lalu, kini rumah tangga PU Abu dan Hana semakin ber@ntakan. Isterinya mengakui mereka sudah membawa haluan masing-masing dan kini dalam proses untuk bercer@i.

Namun, berbeza pula dengan apa yang dikatakan oleh pendakwah bebas itu. Menurut PU Abu, rumah tangganya tidak mempunyai sebarang mas@lah dan sehingga kini mereka masih bergelar suami isteri. Malah, tidak timbul langsung isu dia berlaku cur@ng seperti yang did@kwa.

“Tidak berlaku apa-apa kecur@ngan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya. Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja.

Terdahulu, k0ntr0versi PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian warganet sekitar April tahun lalu. Nama Hana dikaitkan dengan k0ntr0versi itu apabila did@kwa sebagai punca percer@ian antara pendakwah bebas itu dengan Ain ketika itu sarat ham!l anak pertama. – Sumber dipetik dari Myartis,Harian Metro & Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*