Tak Sangka Dapat Jodoh – Isma AF

“Alhamdulillah, saya pun tak sangka dapat jodoh, orang kata cepat juga dalam masa dua tahun (selepas berpisah dengan suami pertama). Kita tidak tahu perancangan daripada Allah, jadi saya terima seadanya. Pada usia begini, saya sebolehnya mahu gembirakan hati. Tidak mahu lagi ungkit kisah yang lepas.

“Tutup buku lama, buka buku baru,” demikian tutur penyanyi yang juga kakak kepada Tomok, Isma atau nama penuhnya Ismaliza Ismail, 40, yang mengakui dirinya gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana diberikan jodoh untuk mengharungi hidup bersama insan dan keluarga tersayang.

Malah katanya lagi, apa yang didambakan kini hanya untuk menggembirakan hati, sekali gus tidak mahu lagi ungkit apa kisah yang pernah berlaku sebelum ini. Ditanya apakah yang membuka hatinya untuk kembali menjalani hidup sebagai seorang isteri, ibu kepada lima cahaya mata itu menambah, soal jodoh dan aj@l semuanya terletak atas Yang Maha Esa.

“Sebenarnya apa yang telah terjadi sebelum ini saya jadikan pengajaran. Saya tiadalah cakap untuk terus tutup pintu hati apabila mengalami fasa percer@ian sebelum ini. Tidak boleh cakap begitu. Jadi bila Dia sudah bukakan pintu hati, saya terima. Penerimaan anak-anak semuanya baik. Mereka terima dan tiada mas@lah dengan bapa baru mereka,” katanya yang menjaga anak secara bergilir-gilir dengan bekas suami.

Bercakap mengenai soal cahaya mata pula, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh ini tidak mahu mengharap, sebaliknya berserah kepada rezeki: “Kami serahkan kepada Allah SWT. Kalau Dia izinkan kami untuk ada zuriat, Alhamdulillah. Mendoakan yang baik-baik. Saya tidak boleh untuk cakap mengenai hal tersebut secara berlebih-lebih bimb@ng nanti apa yang dirancang tidak menjadi, nanti kita juga yang akan rasa kecew@. Kami berserah” jelasnya.

Lebih selesa untuk tidak berk0ngsi lebih perihal suaminya, Mohd Dzaki, 35, bintang berusia 40 tahun ini bagaimanapun menjelaskan ia adalah permintaan suami dan sebagai isteri, dia menghorm4ti permintaannya.

“Suami tidak selesa untuk berk0ngsi mengenai hal peribadi. Apa yang boleh saya beritahu, dia bekerja dalam sektor kerajaan. Cukuplah kalau peminat tahu saya sudah berkahwin. Dia juga lebih selesa untuk tidak ke depan dan hanya di belakang tabir sahaja.

“Itu juga permintaannya. Dia seorang yang merendah diri. Malah begitu juga dengan keluarganya. Apa yang saya k0ngsikan di media sosial sebelum ini, hanya itulah yang semampunya untuk saya berk0ngsi. Saya hanya nak beritahu yang saya sudah berkahwin beserta dengan foto-foto sekitar majlis,” jelasnya lagi.

Terdahulu, pas@ngan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya. Isma sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada 16 April 1998, tetapi bercer@i awal tahun lalu. Hasil perk0ngsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel, 20, Seri Aida Merlissa, 18, Seri Ayreen Merlynda, 16, dan Seri Adryana Mercella, 12. – Sumber dipetik dari Myartis, Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*