Jibob Akan Dipindahkan Ke H0spital Serdang, Tiada Kekosongan Dibawa Pulang

Perkembangan terkini pelawak Jibob yang juga angg0ta kumpulan OnxOn dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, itu masih berada dalam keadaan separa sedar dan ia dikhabarkan teman Jibob, iaitu Che Mat ketika dihubungi. Che Mat berkata, Jibob juga akan dipindahkan ke H0spital Serdang untuk pemantauan dan ra.watan, namun jika tiada kekos0ngan mungkin akan dibawa pulang ke rumah.

“Sehingga semalam keadaan dia masih separa sedar dan berada di wad Unit Ra.watan Rapi untuk ra.watan dan pemantauan. Bagaimanapun, d0ktor ada memaklumkan untuk memindahkan Jibob ke H0spital Serdang, tapi kalau tak ada kekos0ngan dia terpksa di bawa pulang ke rumah,” jelasnya.

Semalam, Che Mat dan Amir Raja Lawak telah memuat naik sebuah video di laman sosial Instagram masing-masing memoh0n bantuan dalam bentuk wang ringgit untuk membantu Jibob: “Tujuan video tersebut dibuat adalah untuk membantu sahabat kami. Dalam keadaan sekarang, jika dia dibawa pulang ke rumah pastinya akan menelan belanja yang banyak.

“Banyak yang perlu disediakan seperti susu, katil, peralatan perub.atan dan benda-benda asas lain. Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada persatuan Seniman dan orang ramai yang telah memberi sumbangan. Kami juga merancang untuk mengadakan perlawanan bola sepak amal pasukan ‘Toq FC’ untuk membantu Jibob,” tuturnya.

 

Bercakap mengenai keadaan Jibob, Che Mat berkata, sahabatnya itu masih menggunakan bantuan 0ksigen dan bahagian lehernya diteb0k untuk tujuan pernafasan: “Khamis lepas saya pergi menziarah Jibob… Sed!h saya tengok keadaan dia. Saya panggil nama, dia sedar, dia buka mata dalam 20 saat dan tutup kembali. Saya sangat mengharapkan agar Jibob kembali sembuh. Doakan Jibob ya semua,” katanya sebak.

Jibob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, 33, dikejarkan ke H0spital Kuala Lumpur selepas terjat0h dalam bilik air di rumahnya akibat angin ahmar sekitar jam 1 pagi pada 5 Mac lalu. Dia kemudiannya disahkan mengalami pendarahan dalam otak dan telah menjalani pembe.dahan membuang da.rah beku di kepala.

Bagi mereka yang ingin membantu dan meringankan urusan keluarga Jibob, bolehlah menghulur sumbangan atas nama isterinya, Siti Aisyah Wahiddin menerusi akaun 1143 0207 5393 (Maybank).– Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astro Gempak, Instagram Che Mat & Amir Raja Lawak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*