“The Best Birthday Gift Ever” – Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran bekas HLive! pengacara Nabil Mahir selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing. Berita gembira itu dik0ngsi menerusi laman sosial pasangan ini yang memuatnaik foto bersama cincin lamaran yang diterima pada ulang tahun ke-28 iaitu pada 17 Mac lalu.

Menerusi kapsyen tersebut, Ayda memberitahu perkara itu merupakan hadiah ulang tahun yang paling bermakna untuknya: “The best birthday gift ever. I said yes! (Hadiah hari jadi paling bermakna. Ya saya terima!” tulisnya berserta hashtag #Helockmeforever #BilAydaJatuhCinta. Sementara itu, kapsyen Nabil pula: “She said yes!” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan itu: “Tahniah dan selamat hari jadi baby girl,” tulis Mira Filzah. – “Ee bestnya c0ngratulation!” ucap Ernie Zakri.

Pada November lalu, Nabil mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Ayda, malah dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Manakala Ayda juga berkata kehadiran Nabil dalam hidupnya menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik: “Kalau orang tanya kenapa saya Kawan dengan dia? Salah satu sebab dia jadikan saya manusia lebih baik dari sebelum ini,” ujarnya. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar, Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*