Teguran Naz Rahman, Bront Palarae Buat SENIMAN

Semalam, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap pelakon Zarina Anjoulie selepas dia dikatakan memuat naik video teguran berunsur ha.sutan dan juga keca.man terhadap industri seni tanah air.

Naz Rahman Beri Teguran 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SENIMAN di laman Instagram, mereka turut menggalakkan agar lebih ramai artis dan penggiat seni untuk turut sama membuat lap0ran p0lis terhadap Zarina. Susulan daripada itu, pengacara Naz Rahman atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman menerusi laman Twitter nya menegur serta memberikan nasihat buat persatuan yang diangg0tai oleh kebanyakan penggiat seni itu.

Menurut Naz, dia tertanya mengapa SENIMAN tidak bekerjasama dengan persatuan-persatuan penggiat seni yang lain dalam sama-sama membantu artis dan penggiat seni yang terkesan dengan sumber pendapatan mereka ek0ran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan sejak dua minggu yang lalu.

Dalam masa yang sama, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini turut memberikan nasihat agar berhenti membuat sebarang keputusan yang boleh memecahbelahkan industri hiburan tanah air .

“Saya merayu kepada @SenimanMalaysia sudahlah dengan langkah-langkah yang lagi boleh memecahbelahkan kita. #MCO masih panjang, kita tak tau bila Malaysia akan pulih, sudahlah dengan statement seperti ini.

R0saklah susu sebelanga”

Bront Anggap Bukan Masa Yang Sesuai 

Dalam perkembangan lain, kenyataan dari SENIMAN turut membuatkan pelakon Bront Palarae terpanggil untuk memuatnaik kenyataanya. Nasihat Bront, isu industri perlu ditangani secara dalaman malah dalam masa yang sama Bront memoh0n agar mereka tidak membebankan lagi pihak p0lis untuk mengendalikan perkara sebegini apatah ketika keadaan negara kini yang sedang gawat.

Kenyataan itu turut disok0ng rakan-rakan artis seperti Sharifah Amani dan pengguna-pengguna laman Twitter yang beranggapan ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengungkit isi-isu seperti itu. – Sumber dipetik dari Murai.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*