“Artis Pun Manusia, Berhak Bersuara…Jangan Cetek Akal” – Bila Emelda ‘Sekolahkan’ Warganet

“Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada warganet yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi tak0t. Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

“Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin gol0ngan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda mus!bah ini?

“Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu ke.cam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Em0si menguasai diri hinggakan otak di hujung jari,” luah pelakon, Emelda Rosmila yang memberi pengajaran terhadap warganet yang suka menghuk0m gol0ngan selebriti tanpa usul periksa.

Menerusi akaun Instagram (IG), isteri pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli meletakkan paparan skrin, sekali gus memprom0sikan beberapa individu yang lantang menge.cam membabitkan isu pertika.man lidah antara artis dan warganet yang ha.ngat diperkatakan.

Tindakannya nyata memberi kesan apabila beberapa warganet tampil membuat permoh0nan maaf akibat perbuatan mereka mengut0k dan menge.ji anak seni. Emelda berkata, dia tidak bermaksud mahu mengaibkan sesiapa.

Pelakon drama ‘Manjalara’ dan ‘Kekasihku Seru’ itu memberikan contoh jika aplikasi TikTok memaparkan gelagat individu menayang aset secara terbuka menerima pujian warganet: “Tayang aset, semua k0men padu dan ‘merecik’, tetapi apabila bersuara mengenai nasib penggiat seni, cuba bela diri, warganet seperti diras0k sya!tan.

“Adilkah begini? Jika kamu boleh hidup dengan makan nasi bersama ikan kering setiap hari, jangan salah dan cem.burukan orang yang berusaha nak makan daging. Mana akal kamu semua? Saya selalu anggap diri saya kerdil.

“Saya orang yang sangat merendah diri. Saya letakkan diri saya sama orang lain. Lebih atau kurangnya, saya tetap rasa kerdil. Tetapi, jangan kerana sikap rendah diri ini, kamu boleh buat sesuka hati,” katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak pernah bertindak sebegini. Ini kerana apa yang dilakukan warganet melam.paui batas manusia. – Sumber dipetik dari Myartis, Berita Harian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*