Niat Baik Ditegur Salah: “Jangan Pentingkan Diri…Tak Rasa Timbul Masalah” – Intan Najuwa

Semua mengetahui mengenai perk0ngsian pelakon Intan Najuwa yang mengajak semua orang turut memberi sumbangan kepada gol0ngan yang memerlukan menerusi akaun bank miliknya dan ia menerima k0men p0sitif. Namun begitu, tindakan itu turut telah mengundang kurang senang warganet di laman sosial.

Individu yang menggunakan akaun bernama coach.fitaz mendak.wa tindakan Intan melakukan cr0wdfunding atau pembiayaan melalui orang ramai merupakan satu kesalahan jika aktres itu tidak mempunyai lesen untuk melakukannya.

Menurut individu tersebut, dia memahami niat baik Intan namun pelakon itu boleh sahaja memberi sumbangan melalui tabung bantuan yang sudah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya tak faham kenapa awak perlu buat cr0wdfunding sedangkan sudah jelas dalam undang-undang bahawa anda dilarang untuk lakukannya kecuali anda mempunyai lesen, itu pun kalau anda ada persatuan kerja amal. Saya faham ‘niat baik’ awak tapi tolong Intan, janganlah timbulkan masalah dan beri sumbangan anda kepada tabung yang disediakan KKM untuk bantuan,” katanya.

Intan, 23, bagaimanapun membalas k0men tersebut meminta individu tersebut tidak mementingkan diri sendiri dan menganggap apa yang dilakukannya itu bukan kesalahan yang akan menimbulkan masalah: “Saya harap awak boleh baca semua DM saya dan sanggup tak awak biarkan tengok macam itu saja? Jangan pentingkan diri. Saya tak berasa dengan melakukan perkara ini akan menimbulkan masalah.

“Ia bukan hanya ‘niat baik’, kalau anda sanggup lakukan, tol0ng lakukannya. Semoga Allah memberkati anda, sentiasa!” ujarnya yang menerima k0men dimana rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Intan dan menyok0ng usaha murni pelakon yang pernah popular menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ tersebut.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia menyumbangkan sebanyak RM10,000 untuk membantu orang kurang bernasib baik dan tidak akan berhenti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut mengajak orang ramai memberi sumbangan menerusi akaun bank miliknya yang akan dibuka sehingga Rabu.

“Saya akan teruskan untuk hulurkan bantuan untuk sesiapa yang memerlukan. Daripada saya sendiri, saya hanya mampu beri RM10,000 buat masa ini dan yang selebihnya kalau anda semua nak tambah sangat-sangat dialukan.

“Sesiapa yang nak hulurkan sumbangan, boleh transfer kat akaun ini okay. Saya akan buka sampai lusa (Rabu). Let’s do this! Semoga sedikit sebanyak boleh bantu pada yang betul-betul memerlukan. Feel free to tag and share with your friends. #spreadlovenothate. Saya tengah periksa DM satu persatu. Slowly okey,” kata Intan. – Sumber dipetik dari Myartis, mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*