Nizam Laksamana Solat Hajat & Taubat: Syukur Bapa Mentua Bebas C0VID-19

Alhamdulillah, bapa mentua saya sudah dibenarkan keluar h0spital dan bebas daripada C0vid-19. Manakala, ibu mentua yang juga kontak rapat automatik menjalani ujian saringan C0vid-19 yang dilakukan h0spital, namun setakat ini belum ada keputusan yang diterima.

“Dia juga menjalani kuarantin di kampung,” jelas penyanyi Nizam Laksamana atau nama sebenarnya Mohd Nizam Pechok, 54, yang bersyukur apabila bapa mentuanya, disahkan negatif C0vid-19 semalam selepas dimaklumkan H0spital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Terdahulu, Nizam pada 31 Mac lalu memberitahu, dia dan isteri, Salwati Zulkifli, 45, serta dua anaknya, Nur Ellis Adeeba, 25, dan Nur Ellisa Adeera, 16, perlu menjalani saringan kesihatan dan pengesanan C0vid-19, hari ini apabila bapa mentuanya disahkan p0sitif C0vid-19 pada hari sebelumnya.

Keputusan itu dibuat berikutan mereka antara kontak rapat pesa.kit. Mengulas perkara itu, penyanyi yang p0pular menerusi lagu Gugurnya Bunga Cinta berkata, mereka masih menunggu keputusan ujian dari h0spital: “Menurut dokt0r, kalau hari ini kami tak terima panggilan h0spital, maknanya kami negatif C0vid-19.

“Setakat ini, belum ada panggilan dari pihak h0spital. Diakui kami sekeluarga berasa tak0t apabila dipanggil buat saringan. Paling dibim.bangi sekiranya ujian itu p0sitif. Setiap hari kami tertanya-tanya apalah agaknya nasib kami sekeluarga,” katanya.

Nizam berkata, sekiranya ada antara mereka p0sitif, tidak mustahil tempiasnya akan kena pada yang lain: “Bayangkan ini adalah rantaian dan tambah lagi kami serumah. Berdebar-debar juga untuk berdepan situasi ini. Namun kerana rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan diri sendiri, kami jujur pergi buat saringan. Kami tak boleh pentingkan diri hingga memudaratkan kesihatan orang lain,” ujarnya.

Nizam secara jujur mengakui dibayangi perasaan ce.mas kerana pandemik wa.bak C0vid-19 ini sudah mera.gut puluhan nyawa dalam negara: “Tipulah kalau saya kata tidak rasa apa kerana ini soal hidup dan ma.ti juga.

“Bagi menenangkan diri, saya buat solat hajat di rumah bersama keluarga. Setiap hari kami buat solat hajat bersama agar Allah jauhkan perkara bur0k. Tidak terkecuali, kami juga buat solat taubat. Inilah masa kita dapat cari diri kita. Mungkin kerana saya banyak d0sa, maka Allah bagi ujian ini,” tuturnya.

Nizam sebelum ini pulang ke kampung isterinya sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. Bapa mentuanya ada kontak rapat dengan imam di surau kampung berkenaan dan imam itu pula adalah kontak rapat dengan salah seorang jemaah yang mengikuti perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari lalu. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Harian Metr0 & Instagram Nizam Laksamana

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*