Warganet Tertanya Foto Terkini Anak Sulung: Izreen Azminda Tampil Jelaskan

Pelakon Izreen Azminda telah tampil menjawab persoalan pengikutnya yang tertanya-tanya mengapa foto terkini anak sulungnya iaitu Muhammad Adrian Umar tiada di laman Instagram. Menjawab persoalan tersebut, Izreen berkata anak lelakinya itu berada di kampung dan tidak boleh pulang ke Kuala Lumpur kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu.

“Kami dekat KL ni, Adrian tersangkut dekat kampung… hari itu dia balik kampung masa cuti sekolah, sekali kena PKP jadi dia tak boleh nak balik KL,” jawab Izreen pada satu k0men yang ditinggalkan oleh pengikut.

Menerusi ruangan k0men, seorang peminat bertanyakan mengenai anak sulungnya itu memandangkan tiada foto terbaharu Adrian dimuatnaik di laman tersebut: “Lama dah tak nampak Adrian. P0st la gambar Adrian kak! Dekat KL ke Kedah ni?,” tulis peminat.

Sementara itu, setelah sekian lama menutup ruangan k0men di Instagram, akhirnya Izreen kembali berk0munikasi bersama peminat. Menurut Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam tindakannya itu bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan pr0mosi di akaun media sosial miliknya.

Dalam masa sama, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ini turut meminta warganet m0ve on daripada kontr0versi lalu dan berfikiran p0sitif. Sebelum ini Izreen memilih untuk menutup ruangan k0men di akaun Instagram miliknya selepas terpalit dengan kontr0versi berkahwin dengan pemuzik Ude Wahid.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim berusia sembilan bulan.

Pada 2012, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar & Izreen Azminda

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*