Terima Hadiah Istimewa, Nabila Huda Berniat Baca Al-Quran Setiap Hari

Sepanjang temp0h Perintah Kawalan Pergerakan, pastinya ramai yang sudah tidak boleh duduk diam di rumah kerana kebosanan. Sebenarnya banyak perkara yang anda boleh lakukan di rumah.

Bagi Nabila Huda atau turut dikenali sebagai Abil memilih untuk mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran pemberian oleh ayah dan ibu tirinya. Malah, Nabila Huda turut mengajak para peminatnya untuk membaca Al-Quran daripada tidak membuat apa-apa di rumah sepanjang temp0h PKP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Tambahnya lagi, walaupun bacaan beliau tidak begitu lancar kerana sudah lama tidak mengaji, tetapi dia percaya mampu perbaiki bacaannya. Sebelum ini, beliau belajar mengaji dengan neneknya ketika kecil dan berjaya khatam sebanyak 3 kali.

Lantaran itu, Nabila Huda mengajak peminatnya untuk baca Al-Quran setiap hari satu muka surat, mana tahu boleh khatam Al-Quran. Pastinya ini satu usaha dan aktiviti yang baik dan bermanfaat anda boleh lakukan di rumah. – Sumber dipetik dari Thev0cket

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*