Nafi Ingkar PKP, Akui Foto Lama…Tak Salah Check BPN – Aliff Syukri Kesal Dengan Warganet

Saya tidak faham kenapa warganet suka sangat mencari kesa.lahan saya? Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berk0ngsi di Instagram (IG). Resort itu sangat besar, jadi ada banyak lokasi menarik yang boleh saya abadikan dalam foto. Takkanlah setiap gambar yang ingin dik0ngsi perlu ada penjelasan bila dirakam.

“Warganet hendak apa sebenarnya? Semua yang saya buat, tidak kena di mata mereka. Agaknya mereka suka melihat saya sedih, meratap hiba mengenang nasib diri berikutan arahan PKP,” ujar usahawan k0smetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menafikan dak.waan beliau melan.ggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuatnaik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tu.lar di media sosial.

Penyanyi lagu ‘Bobo Di Mana’ itu mendak.wa, entri yang dimuatnaik kelmarin adalah gambar lama dan dirakam sebelum PKP bermula. Entri yang memaparkan dia sedang makan bersama-sama anaknya itu mendapat k0men negatif warganet. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana Aliff bebas bersantai ketika negara menguatkuasakan PKP.

Kekeliruan juga timbul apabila Aliff meletakkan perkataan ‘hari ini’ pada keterangan gambar. Ada juga yang mendak.wa tindakan itu seakan sengaja ‘memancing’ em0si warganet. Aliff turut meluahkan rasa kesal dengan dak.waan dia tidak sensitif apabila berk0ngsi video memaparkan dirinya sedang merakamkan lagu Hari Raya. Dak.wanya, video itu dirakam tahun lalu.

Aliff menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa sedih dengan sikap warganet apabila setiap apa yang dia buat selalu dipertikaikan: “Sy Benci hearted.. Apa masalah korang?? šŸ˜¢ Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan warganet.. sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun.

“Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik… Kadang kala gambar yang saya p0sting itu adalah gambar gambar yang lama. Tetapi saya sering dike.cam dan dih!na kononya suara tidak sedap sedangkan suara sy merdu.. suara macam ba.bi, awak tidak berhak dapat duit, awak somb0ng. Semuanya. Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak anak salah.

“Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya. Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya,” tulis Aliff.

Sementara itu, Aliff sebelum ini dike.cam ter0k apabila memuatnaik keputusan semakan Bantuan Prithatin Nasional (BPN). Lebih mengundang kemarahan warganet apabila usahawan itu meluahkan rasa sedih kerana permoh0nannya itu gagal.

Rata-rata warganet menye.lar sikap Aliff sudah kaya raya tapi masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan. Warganet berkata sudah tentu bantuan itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Bagaimanapun, Aliff berkata tindakannya membuat semakan itu hanya sekadar mahu mencuba nasib sama ada dia layak atau tidak menerima bantuan daripada kerajaan itu.

Malah, usahawan itu berkata dia menyangkakan dia akan dapat bantuan tersebut tetapi tertulis tidak layak: “Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat. Jadi saya pun cuba nasib dengan menyemak kelayakan dalam talian. Kalau dapat saya terima tapi sudah tertulis tak layak jadi saya akur. Cuma orang luar yang berlebihan menggembar-gemburkan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Aliff Syukri meluahkan dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan juga turut terkesan. Aliff berkata jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus dan semua perniagannnya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aliff berkata dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penu.laran wa.bak COVID-19. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Berita Harian, mStar & Instagram Aliff Syukri

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*