Ditanya Kini Makin Kurus & Tidak Ceria, Ini Resp0n DS Shahida

Bagi sesiapa yang mengikuti laman Instagram isteri kepada jutawan k0smetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, pasti sudah mengetahui yang beliau sering berk0ngsi resipi masakan kepada pengikutnya. Terbaru, Shahida menunjukkan cara menyediakan pancake labu untuk dihidangkan kepada anaknya, Yusof Al Qardawy dan Ameena sebagai juadah minum petang.

“Resipi Pancake Labu!! Kalau budak2 ni ada kat rumah mmg kejap2 dorang cari makan termasuk la kenit 2 orang ni pantang tengok orang melangkah ke dapur… tau2 je dah ada kat belakang kita… jadi hari ni saya masakkan pancake Labu utk yusoff dan meena utk minum petang dorang ❤️ Lagu x de kena mengena dengan sesiapa ni mmg lagu kegemaran saya ok 😇,” tulisnya di sebuah entri.

Bagaimanapun, rakaman tersebut menarik perhatian warganet apabila ada yang mendak.wa Shahida kelihatan semakin kurus: “@nurulnorazie: Napa Datin makin kurus? Hmm anak-anak awak sangat comel la. – “@queenladi8: Datin sangat kurus sekarang.

Shahida tidak berdiam diri lantas memberikan jawapan: “Saya puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni,” balasnya.

Dalam pada itu, ada segel!ntir yang menyatakan wajah Shahida tidak seceria seperti sebelum ini: “Muka Datin sekarang nampak tak ceria macam dulu la. Saya harap Datin selalu di bawah lindungan Allah,” tulis seorang pengguna. – “Saya ceria. Saya puasa jadi nampak letih,” jawab Shahida.

Kisah rumah tangga Aliff dan Shahida mula menjadi bualan ha.ngat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Baru-baru ini, kec0h apabila surat tuntutan ce.rai dipercayai milik pasangan itu terse.bar di Internet. Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuatnaik di Instagram (IG). Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak & Instagram Datin Shahida

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*