Bella Astillah Akui Dah Rujuk, Kini Berbadan Dua Anak Kedua

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, akhirnya penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26, tampil mengakui yang dia sudah rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz dan kini sedang berbadan dua. Perkara itu dik0ngsikan Bella menerusi balasan k0men kepada pengikutnya di Instagram berhubung hal itu.

“Alhamdullilah, dalam masa edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula,” katanya menjawab soalan sama ada dia dan Aliff sudah bernikah semula. Sewaktu diaju soalan berbadan dua, Bella sekadar menjawab ringkas dan mengiyakannya: “Ya saya,” jawabnya.

Apapun, Bella meminta semua pengikutnya terus mendoakan supaya keputusan diambil itu adalah yang terbaik. Dia akui banyak belajar daripada pengalaman lalu: “Kenangan pahit tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa kamu,” katanya.

Pada Februari lalu, Bella mende.dahkan dia sedia berk0ngsi mengenai hubungannya dengan Aliff secara terbuka apabila tiba masanya nanti. Pada Mei tahun lalu, pasangan terbabit berce.rai selepas penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ itu cu.rang dengan beberapa wanita berbeza.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Harian Metr0 & Instagram Bella Astillah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*