Bila Isteri K0ngsi Gelagat Lan Terbaring Ketika Puasa Pertama

Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila menerusi laman Instagram telah berk0ngsi sebuah video dimana suaminya terbaring di muka pintu pada hari pertama Ramadan. Melihat pada ruangan kapsyen, isteri Lan menulis video tersebut diambil selepas suaminya menyusun barang-barang di rumah.

“Baru 1st day puasa weh! KY suruh susun brg je pun, maklum la kan dah nak raya ni. Punya la nak tunjuk perasaan…depan pintu je dia tidur!! Nasib baik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kalau tak…Ermmm… sila sambung!” usiknya.

Perk0ngsian Sheila itu telah ditonton hampir 14 ribu kali dan turut dijawab dengan gurauan oleh para pengikut di Instagram (IG). Agak melucukan apabila ada yang men!nggalkan k0men Lan dihalau dari rumah dan menyamakan Lan dengan kucing yang boleh tidur di mana-mana.

Dalam perkembangan lain, Solo Borneo Mart yang menjual barang-barang makanan dari Borneo masih dibuka seperti biasa. Bagaimanapun Lan dan Sheila menggalakkkan orang ramai membeli secara atas talian dan barangan akan dihantar oleh rider atau secara pos: “So, Kamurang/Kitak semua STAY AT HOME (Anda semua duduk di rumah)!!.Biar kami di kedai siapkan semua keperluan anda,” kata Lan.

Antara yang dijual di Solo Borneo Mart ialah ikan terubuk masin, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, buah bambangan, tuhau, amplang serta pelbagai snek dan makanan ringan. – Sumber & foto dipetik dari Astr0 Gempak, Instagram Sheila & Lan Solo

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*