Bermula Di Faceb00k Live, Potret ‘Terima Kasih Abah’ Ini Bakal Ke Putrajaya

Usaha pemuda dari Kelantan, Mohamad Aqef Aizaq menghasilkan potret ‘Terima kasih Abah’ buat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nampaknya membawa tuah kepada beliau di tengah-tengah situasi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Ramadan yang baru tiba minggu ini.

Menurut beliau, potret perdana menteri yang dihasilkannya ketika bersiaran secara langsung di Faceb00k Live itu bukan sahaja dik0ngsikan ramai warganet sebelum ini tetapi turut mendapat perhatian daripada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"LUKISAN POTRET PERDANA MENTERI"Saya. Aqef.. Perjalanan Budak Kampung dengan sekeping lukisan potret untuk Perdana…

Dikirim oleh Aqef CJ pada Sabtu, 25 April 2020

“Nak dijadikan cerita, disebabkan ramai yang share, pada Jumaat lalu ada pihak menghubungi saya dan menyatakan beliau daripada Pejabat Perdana Menteri. Pegawai tersebut berkata dia akan menghubungi saya lagi selepas ini untuk maklumkan bagaimana untuk menghantar lukisan tersebut,”katanya.

Melalui temubual bersama Mstar, Mohamad Aqef menceritakan dia yang kini bercuti daripada kerja tergerak hati untuk melukis potret perdana menteri Malaysia itu bagi mengisi masa lapangnya.

Lukisan yang dihasilkan menggunakan lakaran pensil itu menurut Aqef mempunyai maksud serta simb0lik yang tersendiri dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.

Dikirim oleh Kelantan State pada Jumat, 24 April 2020

Menurutnya, lukisan itu dihasilkan melalui pemerhatian terhadap riak wajah ikhlas perdana menteri itu menyampaikan ucapan dan perutusannya sebelum ini.

“Cara bagaimana beliau mendepani situasi dalam masa yang sama menjaga kebajikan rakyat, bagaimana beliau mentadbir, semua itu saya terjemahkan dalam lukisan ini.

“Maka terhasillah lukisan Terima Kasih Abah. Tiada apa yang saya nak sampaikan melainkan ucapan terima kasih dan doa saya sentiasa bersama beliau,” katanya kepada Mstar.

Berikut adalah perk0ngsian asal daripada pemuda yang berasal daripada Kg Chetok, Pasir Mas itu yang menunjukkan pr0ses menghasilkan potret tersebut.

"Terima Kasih Abah"A3Pensil mix Charcoal.Muhyiddin YassinAlhamdulillah siap. Stuggle jugak dan Lama juga progress…

Dikirim oleh Aqef CJ pada Senin, 13 April 2020

– Sumber dipetik dari Thev0cket, mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*