Kini Bertudung, Raf Akui Ia Atas Kehendak Mawar Sendiri

Pelakon Raf Yaakob menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya mengakui yang dia tidak pernah menyuruh atau memak.sa isterinya, pelakon Mawar Rashid berh!jab. Namun menurut Raf, Mawar seolah-olah memahami kehendaknya yang mahu melihat isterinya berh!jab dengan ikhlas.

“Cantik dan manisnya Anje (panggilan Raf kepada Mawar) berh!jab. Untuk pengetahuan semua, Raf tak pernah suruh atau pak.sa Mawar berh!jab. Tapi Mawar tahu apa yang Raf mahu kan sejak hari pertama kami diijabkabulkan. Raf hanya pesan… kalau hati dah terbukak nak berh!jab, biar lah nawaitu tu datang dari hati yang ikhlas. Jangan pakai semata-mata sebab suami yang suruh,” katanya.

Raf berk0ngsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Raf memuat naik fotonya bersama Mawar yang berh!jab. Tambah Raf lagi, dia mendidikan isterinya dengan kelembutan dan sopan selebihnya hanya berserah kepada Allah.

“Bentuk isteri dengan penuh kelembutan. Dalam berlembut, ada tegasnya. Lebih baik kita menegur dengan cara yang sopan di belakang tabir dan kita berdoa yang baik-baik saja untuk dia. Selebihnya kita berserah kepada Allah. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Diri kita pun sebenarnya tak sempurna dan serba kekurangan, jadi siapalah kita nak menghuk0m seseorang itu, betul tak?,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak, Instagram Raf Yaakob & Mawar Rashid

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*