Harris Baba Perjelas Salah Faham: “Saya Bukan Mahu Berhenti Terus”

“Sejujurnya, saya bukan mahu berhenti terus. Saya ada perancangan lain dalam dunia muzik tetapi bukan dalam masa terdekat. Sekarang saya nak f0kus dengan kerja dan keluarga. Saya mengambil perkara ini untuk mengucapkan selamat tinggal untuk sebentar sahaja.

“Sebelum ini, percubaan saya kurang menjadi dengan syarikat lama dan saya juga ada kerja baru di Kota Kinabalu yang saya perlu berikan f0kus,” demikian kata penyanyi Harris Baba yang menjelaskan dia bukannya mahu men!nggalkan dunia muzik secara keseluruhan.

Mempunyai perancangan lain buat masa ini, Harris mahu memberikan f0kus terhadap bisnes dan mempunyai impian untuk terus membabitkan diri dalam bidang muzik di masa akan datang.

Mengakui berlakunya salah faham mengenai kenyataannya sebelum ini, Harris menjelaskan perkara terbabit menerusi sebuah temu bual bersama penyampai radio Anna Aljuffrey di stesen radio GEGAR menerusi segmen Carta Hits GEGAR yang di muatnaik di laman Instagram GEGAR. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak & Instagram gegar.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*