Pertama Kali Sejak PKP Dilaksanakan,Kurang Daripada 200 Kes Hanya 191 Kes Aktif C0V!D-19 Di Malaysia

Sepanjang tempoh perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia buat kali pertama memaklumkan bahawa kes aktif kurang daripada 200 pada hari ini iaitu sebanyak 191 kes.

Manakala, hari ini genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan bermula 10 Jun 2020.

Pendekatan Kerajaan dalam implementasi PKPP adalah sebagai sebahagian daripada tindakan pemulihan (soft landing), iaitu untuk menyediakan Negara bagi strategi keluar (exit strategy), kata Ketua Pengarah KKM pada sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, jika dilihat statistik seperti di atas, ianya sememangnya memberangsangkan dan memberi keyakinan untuk lebih banyak pembukaan semula pelbagai sektor bagi mempertingkatkan ekonomi Negara secara tersusun.

Pematuhan individu, syarikat dan komuniti kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan telah turut menyumbang kepada pencapaian ini.

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus konsisten mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM.

Sumber: Sidang Media KKM