Dengan Hanya Berlari, Lelaki Ini Telah Berjaya Menurunkan Berat Badan Sebanyak 56kg Dalam Masa Setahun…

Terdapat banyak cara dan kaedah untuk turunkan berat badan. Bermula dari senaman sampailah jaga pemakanan seharian. Nak hilangkan berat badan memang makan masa. Kadang itu, sampai setahun atau paling cepat hanya beberapa bulan saja.

Seperti dikongsikan Abdullah Faiez Abd Rahman di dalam sebuah group Facebook Malaysia Runners dia mengambil masa selama setahun untuk kehilangan 56kg hanya dengan berlari sahaja!

Abdullah Faiez mengambil masa selama setahun untuk menurunkan berat badan dari 120kg hingga 64kg. Dia hanya melakukan aktiviti larian bermula dengan sejauh 1 hingga 2 km.

365 hari dalam larian. Asalamualaikum dan salam sejahtera semua runners. Alhamdulillah genap setahun baru berani nak post kat sini. Genap setahun hari ini perjalanan saya untuk ubah gaya hidup ke arah lebih sihat dan weight loss journey. Genap setahun juga cebur diri dalam bidang larian.

Dia menunjukkan minatnya dalam larian menerusi acara fun run sehinggalah kini dia mampu untuk sertai half marathon. Malah, kelajuan lariannya juga menunjukkan kemajuan baik dari pace 14 dan kini pace 4.

Bermula dengan larian terpaksa (pace 14 hehe sebab muatan berat) sehingga jadi ketagih dalam larian (ketagih larian takpe, kan. Badan sihat). Jatuh cinta dengan larian. Bermula dengan fun run kini dah ke half marathon. (full marathon tak kesampaian tahun ni sebab c0v1d-19). Bermula dengan larian first pace 14 sehingga kini dah improve hingga ke pace 4.

Bermula dengan muatan berat 120kg kini dah 64kg. Terima kasih pada runners dalam group ni sebab saya banyak ambil ilmu-ilmu tentang larian dalam page ni untuk improve saya punya larian. Kalau ada yang tanya tips untuk sihat dan kurus, saya hanya mampu cakap “konsisten dengan apa yang kita buat”.

Sumber: Abdullah Faiez Abd Rahman

TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN

Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita hilang keyakinan diri. Apa-tidaknya, seringkali bila berhadapan dengan orang ramai, langsung tiada rasa confident kerana bentuk fizikal. Selalu tertanya-tanya, benarkan ada yang dapat turunkan berat badan dengan cepat. Dengar cerita, ada yang boleh hilangkan berat badan 10kg dalam masa seminggu.

Benar atau tidak, kami tidak pasti. Apa yang kami pasti, 10 cara ini pasti akan dapat menurunkan berat badan anda. Ini kerana, ia tidak menggunakan apa-apa produk seperti Herbalife dan Shaklee. Paling penting, ia lebih terarah kepada yang semulajadi.

1. ELAKKAN MAKAN MALAM

Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!

Ramai yang tidak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan. Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan manakan ringan yang langsung tidak seimbang. Sebaik-baik snek pada tengah adalah secucuk string cheese, sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang edamame.

2.  JAUHKAN DIRI DARI GAJET DAN TV

Tahukah anda menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. Malah makan sambil berSMS, memandu atau lain-lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa. Jadi, sebaik-baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.

 3. TIMBANG BERAT SETIAP HARI

Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut-turut, ini bermakna anda perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian anda.

 4. SENAMAN REGANGAN 3 KALI SEMINGGU

Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.

5. SIBUKKAN DIRI SENDIRI

Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti mahu makan sesuatu. Setiap kali terasa ‘nak mengunyah’, pastikan anda sibukkan diri sendiri seperti hubungi rakan dan berbual dengan mereka. Kebiasaannya keinginan ‘nak menguyah’ ini hanya selama 5 minit sahaja. Selepas itu keinginan akan hilang.

6. MAKAN SARAPAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK

Pernah dengar ungkapan Inggeris “Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar”? Percayalah, makan sarapan pagi adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.

Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda. Jangan lupa tips mengurangkan berat badan ini. Pastikan bersarapan dan tidak biarkan perut kosong sebelum keluar rumah.

7. ELAKKAN MINUMAN KERAS

Tips mengurangkan berat badan ini tiada kaitan dengan orang Islam. Abaikan sahaja.

Bagi non-Muslim yang minum minuman keras, tidak salah mengambil segelas minuman. Namun harus diingatkan minuman keras boleh menambah beratus-ratus kalori dan boleh menghilangkan selera makan anda. Manjakan diri anda pada hujung minggu sahaja namun memadai hanya dengan segelas wain, beer yang ringan atau segelas soda. Ingat, setiap minuman tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 100 kalori.

8. MAKAN BUAH SETIAP HARI

Buah adalah salah satu tips mengurangkan berat badan yang cukup efektif. Buah-buahan tidak mempunyai lemak malah kaya dengan air. Jadi ia akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang di dalam perut anda kerana buah-buahan baik untuk proses pelawasan. Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang mempunyai tinggi karbohidrat dan serat sihat yang baik untuk badan.

9. PASTIKAN CUKUP TIDUR

Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yang betul. Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan.

10. BAYANGKAN DIRI KURUS

Ini tips mengurangkan berat badan yang terakhir. Anda kena pandai berimaginasi. Apa salahnya berangan? Bukan kena bayar pun kan?

Apabila anda berasa goyah atau semangat anda hilang, bayangkan diri anda kurus dan langsing. Motivasi secara visual dapat membantu anda supaya fokus dengan matlamat untuk kurus.

Sumber : OhBulan