14 Bulan Terlant4r Sak1t, Budak Dihemp4p Peti Ais Men1nggal Dun1a

Selepas lebih setahun terl4ntar s4kit akibat dihemp4p peti sejuk, kanak-kanak lelaki Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari disahkan men1nggal dun1a petang tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, bapanya Mohd Bukhari Zainal Anuar berkata arw4h yang berusia enam tahun menghembuskan n4fas terakh1r di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan sar4f.

“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah  lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.

Menurut Mohd Bukhari, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan, Seremban dan dijangka akan dikebumikan esok pagi.

Pada 12 Julai tahun lalu, peti sejuk setinggi kira-kira 1.8 meter itu dibeli bapanya untuk kegunaan perniagaan sebelum tumbang serta menghempap Allahyarham sehingga mengalami kecederaan parah.

Sumber : Mohd Bukhari Zainal Anuar , Sinar Harian (Syamilah Zulkifli), KLM