“Baca Taj0k Pun Dah Seb4k” Tulis Kis4h Hid0p Sendiri, Netizen Minta ‘Supp0rt’ Buku Uncle Kentang

Mengangkat kisah perjalanan hidupnya yang gemar membantu orang dalam kesusahan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tampil dengan sebuah buku ditulisnya sendiri.

Menggunakan judul Sementara Ku Di Sini, buku yang berkisar mengenai kehidupan dermawan dan sukarelawan berusia 57 tahun itu diterbitkan khusus untuk menjadi inspirasi semua.

Menerusi laman Facebook, beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor meluahkan rasa sebak dapat menghasilkan karya bagi bacaan masyarakat selain berterima kasih kepada mereka yang sudah membeli.

“Sebak lihat gambar keluarga saya dalam buku, sedih. Mak dan ayah, kau sudah kembali. Kali pertama tandatangan buku hasil sendiri.
“Ada sedikit macam sebak pulak. Sekurang-kurangnya ada satu buku ditinggalkan untuk anak-anak muda buat pedoman hidup. Terima kasih yang telah membeli, semoga anda dapat sedikit perkongsian saya,” tulisnya.

Menerusi posting lain, beliau tidak sangka dan terharu dengan sambutan orang ramai kerana telah menerima banyak tempahan untuk buku berharga RM35 itu.

Tinjauan pada ruangan komen mendapati, netizen berhasrat bagi mendapatkan buku tersebut selain menyeru agar menyokong usaha beliau setelah banyak menyumbang jasa serta tenaga untuk golongan susah.

Sumber : Kuan Chee Heng , Book Cafe, media kita