Isteri H!lang Ingatan Selepas Keml4ngan, Suami M0hon D0a 0rang Ramai

Seorang suami, Imam Baydowi Sumardi memohon doa orang ramai agar isterinya Nur Hana Ismail kembali sembuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.

Menurut laporan Harian Metro, mereka berdua terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan bagi membeli barangan keperluan di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.

“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter.
“Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari…
“…isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu.,” kata lelaki berusia 32 tahun itu.

Dia yang bekerja sebagai penghantar barang berkata, isterinya berusia 27 tahun itu berubah sejak kemalangan akibat pendarahan dalam kepala sehingga tempurung kepala terpaksa dibuka.

Justeru buat masa ini, Imam Baydowi tidak bekerja kerana perlu memberikan perhatian kepada isteri apatah lagi memiliki empat orang anak selain dibantu ibu mentuanya yang berusia 61 tahun.

“Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri.
“Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila kisah keluarganya tular sehingga menerima pelbagai sumbangan yang mencukupi daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam.

“Alhamdulillah sumbangan mencukupi. Saya harapkan rakyat Malaysia mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya,” tambahnya.

Sumber : Harian Metro (Omar Ahmad) , Facebook