Santap Bersama Anakanda2, KDYMM Agong Semp0i ‘0rder’ Sendiri MCD

Jika sebelum ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menarik perhatian warganet apabila hadir ke restoran makanan segera bagi menikmati juadah tersebut, kali ini, baginda sekali lagi mencemar duli pergi ke McDonald bersama anakanda-anakanda baginda.

Menerusi Instagram Istana Negara, KDYMM baginda telah diiringi oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah beserta YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dilihat sedang berada di kaunter restoran tersebut sambil membuat pesanan.

Baginda telah menikmati juadah di restoran McDonald di Indera Mahkota, Kuantan selepas berangkat pulang dari Makam Diraja Pekan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Istana Negara dengan memuji Al Sultan Abdullah yang begitu berjiwa rakyat apabila tidak kisah membuat pesanan sendiri di kaunter makanan untuk menikmati hidangan tersebut.

Ada juga yang memaklumkan betapa beruntungnya pekerja McDonald tersebut yang dapat bersemuka dengan Tuanku bagi menerima pesanan daripada baginda.

Sumber: Istana Negara,KLM