Sering Kunjungi Masjid2, Youtuber ‘Mat Salleh’ Terbvka H@ti Pelvk Islam

Seorang YouTuber muda, Jay Palfrey mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam⁣⁣⁣ setelah mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Turki pada 17 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di saluran Youtube miliknya, jejaka Inggeris berusia 24 tahun itu mengakui sebelum ini dirinya merupakan seorang ateis iaitu menjalani kehidupan tanpa mempercayai kewujudan Tuhan.

Menurut wartawan budaya dunia itu, dia sering menjelajahi negara Islam sejak tiga tahun lalu dengan mempelajari pelbagai amalan dan budaya termasuk bahasa Arab.

Sepanjang berada di pelbagai negara tersebut, wujud perasaan ingin tahu mengenai Islam yang disifatkan sebuah agama yang damai serta memberikan ketenangan jiwa⁣⁣⁣.

“Semakin banyak pengalaman diperoleh dan bertemu individu luar biasa di seluruh dunia, semakin saya memahami jiwa spiritual yang diperlukan,” kata Jay⁣⁣⁣.

Pernah berkolaborasi bersama Youtuber mualaf Daud Kim, dia juga memberitahu ramai yang salah faham mengenai ajaran Islam terutama perkara ditunjukkan oleh media barat.

“Ramai orang di seluruh dunia yang masih mengkritik dan salah faham tentang dasar Islam yang sebenarnya adalah pendamaian, bersatu dan kasih sayang,” ujarnya.

Kini, dia telah menemui jalan kebenaran dan berterima kasih kepada orang di sekeliling yang banyak memberi sokongan termasuk ahli keluarganya.⁣⁣⁣

Sumber:Youtube , Instagram,mstar