Kant0i! Rupanya Kucing Ini Yang Curii Kasut Jiran Pada Setiap Malam

Selain daripada memiliki wajah yang comel dan bersikap menghiburkan hati, haiwan yang berkaki empat ini iaitu kucing juga pandai untuk melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan. Kadang kala gel4gat dan t1ndakan mereka turut membuatkan kita sebagai pemilik kucing berasa pening dengan karenah mereka dan ini adalah salah satu kisah daripadanya.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @dodo dimana terdapat seek0r kucing yang bernama Jordan. Menerusi video perkongsian itu, Jordan adalah merupakan seekor kucing yang mempunyai perangai pelik.

Hal ini kerana, dia memiliki satu sifat yang unik iaitu suka membawa kasut milik jiran untuk di bawa ke rumahnya pada setiap malam. Pada awalnya, pemilik kucing tersebut agak pelik dengan situasi itu kerana dia telah mendapati bahawa terdapat beberapa pasang kasut di sekitar kawasan rumahnya secara berturut-turut.

Hal ini terus berlaku sehinggalah dia membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup pada bahagian laman rumah untuk melihat kejad1an yang tersebut. Ternyata, Jordan adalah pelakunya! Oleh disebabkan itu, pemilik kucing itu telah bertindak untuk memasang pengesan pada Jordan untuk mengetahui kawasan yang sering dikunjungi oleh kucing terbabit.

Setelah mengetahuinya, wanita itu telah membuat beberapa posting berkaitan dengan hal tersebut di laman Facebook dan akhirnya kebanyakkan daripada pemilik kasut itu dapat dihubungi dan hampir 30 pasang kasut dapat dipulangkan kepada mereka.

Ternyata, kejadian itu telah membuatkan ramai warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat haiwan berkenaan. Posting itu juga telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 180 ribu tontonan global menerusi laman akan Twitter tersebut.

Sumber: Twitter,pen merah