Lelaki Menjerit Gara-Gara Rakan Buka Langsir Macam “Dr4cula”, Rupanya Ramai Yang Kongsi Rasa Yang Sama

Setelah seminggu melakukan aktiviti yang memenatkan, kebanyakkan daripada kita akan mengambil keputusan untuk merehatkan diri di dalam bilik masing-masing ketika hari minggu. Lebih seronok apabila bilik yang diduduki itu gelap dan nyaman tanpa gangguan orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @Hasbieeeeeee dimana terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang sedang merehatkan diri beramai-ramai di dalam sebuah bilik. Menerusi video perkongsian itu, terdapat salah seorang daripada mereka yang menyelak langsir kerana hari telah pun memasuki ke tengah hari.

Namun, lain pula yang jadi apabila sekumpulan pelajar tersebut menjerit ketika langsir itu diselak seolah-olah mereka berkelakuan seperti vampire yang takutkan dengan cahaya matahari. Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat kejadian tersebut di samping ada yang meninggalkan komen lucu di ruangan akaun terbabit.

”Roomate ang vampire tu. Nak bagi elok balik, ang kena kunyah bawang putih lepastu sembur kat muka depa.

Lagi banyak air liur lagi mujarab”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di laman tersebut.

Ternyata, video yang berdurasi selama 21 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima 365 ribu tontonan umum, 16.7 ribu ulang kicau dan komen berserta 21.8 ribu tanda suka menerusi akaun Twitter pemuda terbabit.

sumber: HCL