“Isteri ‘Pergi’ 4 Jam Setibanya Di KLIA” Setahun Tak Bertemu, Svami Pulang Dari Lubnan Bersut PPE T4tap Jen4zah Isteri

Jodoh, ketentuan dan ajal merupakan rahsia Allah S.W.T. Siapa sangka insan yang menjadi pendamping kita di waktu suka dan duka pergi menghadap Ilahi sewaktu kita tidak bersamanya.

Lebih memilukan jika kita sudah lama tidak bertemu dan hanya sekujur tubuh sahaja mampu ditatap apabila berpeluang untuk berjumpa.

Hal ini samalah seperti kisah seorang anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBAT 850-7 yang hanya mampu melihat jenazah isterinya sahaja setelah setahun tidak bertemu.

Lebih menyedihkan LKpl Mohd Noh bin Samsuddin yang menempuh perjalanan beribu kilometeri dari Lubnan tidak sempat bersua dengan isterinya yang menhembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya dia di KLIA.

Hal ini kerana dia perlu melalui prosedur kuarantin seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Namun, siapa sangka isterinya yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru telah meninggal dunia d Hospital Besar Kuala Pilah.

Suasana pilu menyelubungi apabila LKpl Mohd Noh tiba di kediaman keluarga dengan sut PPE untuk menziarahi dan memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta. Jenazah isteri LKpl Mohd Noh telah diuruskan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 20.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat di Facebook MyJoinForce itu, rata-rata warganet berasa hiba dengan kisah tersebut. Mereka juga mendoakan agar LKpl Mohd Noh dan keluarga tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T

Sumber: MyJoinForce, media kita