Bapa Angkut ‘Teddy Bear’ Jumpa Di Tempat Samp4h Untuk Hadiahkan Pada Anak

Perasaan kasih sayang terhadap anak-anak sudah pasti tertanam kukuh dalam diri setiap ibu dan bapa. Keinginan untuk menggembirakan hati mereka dengan memberi apa yang diinginkan sangat menebal walaupun sedar kemampuan sendiri.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azri Walter, dia telah menceritakan perihal seorang lelaki yang gigih mengangkut teddy bear untuk dibawa pulang.

Menurut lelaki itu, teddy bear tersebut sudah lama diminta anaknya, namun dia tidak mampu dan apabila menemuinya di tempat sampah, dia begitu gembira apabila boleh memberikan kepada anaknya dirumah selepas dibersihkan nanti.

Selepas mendengar apa yang diperkatakan lelaki itu, pengguna sumber mulai berasa sebak melihat pengorbanan seorang ayah yang begitu mementingkan kegembiraan anak walaupun diri sendiri tidak mampu.

Di akhir perkongsian tersebut, Azri sempat menitipkan pesanan kepada semua dengan mengambil ikhtibar daripada kisah inspirasi tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, beberapa pengguna Facebook telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih diatas perkongsian pengalaman kepada para pengguna media sosial. Mereka juga meyedari bahawa pengorbana yang ditunjukkan oleh bapa tersebut sangat tidak ternilai harganya.

Sumber: Azri Walter,KLM