Dua M4ut, Dua Ced3ra Dalam Keml4ngan Bab!tkan Tiga L0ri

Dua m4ut dan dua lagi ceder4 dalam kem4langan melibatkan tiga lori di Kilometer 221.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pemandu lori yang membawa muatan barangan plastik, Lai Wan Peng, 52, dan kelindannya, Muhammad Dehya’ Al Qalbi Sharuddin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu lori yang membawa muatan papan dan kelindannya pula mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki, manakala seorang lagi pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu lori muatan barangan plastik dan kelindannya maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada seluruh anggota badan akibat tersepit, manakala pemandu lori muatan papan dan kelindannya yang cedera dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut

Menurutnya ketiga-tiga lori itu sedang menghala arah utara semasa kejadian, dan ia bermula apabila sebuah lori dalam perjalanan ke Jasin mengalami kerosakan, dan berhenti di kedudukan antara lorong kiri dan laluan kecemasan.

Arshad berkata lori yang membawa muatan papan dari arah sama kemudian terlanggar belakang lori yang rosak itu, sebelum lori muatan barangan plastik pula merempuh belakangnya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan berkata satu jentera dari Balai Alor Gajah dibantu satu jentera dari Balai Rembau, Negeri Sembilan bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 pagi.

Sumber : Bernama & Infosemasanews