“Banyak Kesan Luk4…” Budak Dijumpai Di L0ji Disy4ki Jadi M4ngsa Der4, T4kut Nak Balik Rumah

Baru-baru ini penduduk di kawasan Taman Juara Jaya dikejutkan dengan penemuan seorang kanak-kanak lelaki terbaring berdekatan kawasan loji.

Sehubungan dengan itu, penduduk di kawasan terbabit telah membuat laporan mengenai penemuan kanak-kanak berusia antara dua hingga tiga tahun.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak itu ditemui dengan memakai baju-T berwarna merah, memakai seluar putih dan tidak memakai selipar.

Dia ditemui dalam keadaan terbaring dan tiada sebarang butiran maklumat peribabdi kanak-kanak lelaki berkenaan diperolehi yang boleh membantu bagi mengesan warisnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Unit Kecemasan hospital terbabit untuk rawatan lanjut.

Bagaimana pun, menurut individu yang terjumpa kanak-kanak itu, dia mendapati terdapat banyak kesan luka di bahagian badan serta kanak-kanak berkenaan berkelakuan seperti trauma ketika dikata mahu dihantar pulang ke rumah.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber : Harian Metro & Yantiocthavia Yiplaila