“Suami Tiada Di Sisi,” Ibu Ham1l Tetap Cek4lkan Diri Bers4lin Dimusim P4ndemik

Bagi para ibu hamil, perkara paling menjadi keresahan buat mereka adalah detik melahirkan cahaya mata tanpa ditemani oleh suami di sisi. Senario ini pastinya bekal memberi satu pengalaman yang berbeza buat isteri-isteri yang bersalin disaat penularan wabak pandemik di seluruh dunia.

Para ibu terpaksa berdepan dengan cabaran menguruskan segala persiapan bersalin tanpa bantuan disebabkan perlu akur dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan pihak hospital. Antaranya, tiada peneman dalam bilik bersalin, tiada peneman di dalam wad pada waktu siang mahu pun malam, serta tiada pelawat yang dibenarkan masuk pada pagi atau petang.

Fuhhhh, beratnya dugaan seorang ibu ni, kan?

Pada awal bulan lalu, seorang wanita berbesar hati mencoretkan pengalamannya sewaktu melahirkan anak keduanya, ditengah-tengah kemuncak penularan wabak COVID-19 menular di Malaysia menerusi akaun Facebook miliknya.

Perkongsiannya ini berharap agar dapat membantu hilangkan keresahan dan menaikkan semangat para ibu yang sedang meniti hari untuk melahirkan anak terutamanya pada musim pandemik ini.

Disebabkan ibu hamil antara individu yang berisiko dijangkiti C0VID-19, beberapa langkah penjagaan diri perlu dititikberatkan ketika keluar dari rumah untuk ke klinik yang berhampiran. Antaranya:

  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan guna hand sanitizer.
  • Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut.
  • Sentiasa pakai mask.
  • Amalkan penjarakan sosial.
  • Dapatkan rawatan awal jika mengalami demam, batuk dan sesak nafas.

Walaupun detik-detik kelahiran tidak ditemani oleh insan tersayang, tak bermakna semangat untuk menyambut zuriat tercinta akan pudar. Betul tak wahai ibu-ibu?

Perlu ingat, segala SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN ini adalah demi keselamatan ibu dan anak dalam kandungan itu sendiri.

Disebabkan itu, setiap individu dalam lapisan masyarakat di Malaysia harus memainkan peranan dan menerapkan pembudayaan norma baharu dalam diri untuk bersama-sama menutuskan rantaian COVID-19.

Untuk info lanjut, boleh rujuk di sini.

Selamat berjuang untuk ibu-ibu hamil di luar sana!

Sumber : OMM