Individu Pulang Dari Sabah Tak Perlu Kuar4ntin 14 Hari Jika Negat!f C0vid-19 DS Ismail Sabri

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia kini berada di tahap yang membimbangkan apabila kes positif telah meningkat kembali kepada tiga angka sepanjang minggu lalu.

Peningkatan kes ini dikhabarkan mula menular dari mereka yang pulang dari Sabah dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah giat menjalankan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang bagi individu yang baru pulang dari negeri tersebut.

Terkini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob memaklumkan mereka yang didapati negatif ujian kesihatan di lapangan terbang tidak perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari.

“Balik dari Sabah kena swab test, tapi bukan 14 hari kuarantin”

“Lepas swab test boleh balik rumah. Sampai rumah dapat mesej beritahu keputusan negatif, lepas itu boleh terus ke Klinik Kesihatan tunjukkan keputusan dan you are free to go

Dalam temu bual di Kota Kinabalu semalam, beliau turut mengatakan individu tersebut masih bebas untuk menjalankan kuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga. Namun bagi pihak kerajaan, cukup sekadar keputusan ujian Covid-19 menyatakan mereka negatif.

It’s up to individual. Kalau nak tunggu untuk second test, then you nak self quarantine kita benarkan”

Walau bagaimanapun, kenyataan ini menerima kritikan dari orang ramai kerana beranggapan bahawa tempoh inkubasi selama 14 hari adalah salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang baru pulang dari tempat penularan wabak berisiko tinggi.

Sumber: mStar