Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan, Lima Menteri Ini Terpaksa DiKuarantin

Gara-gara pulang daripada berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu, lima menteri Kabinet dilaporkan sedang menjalani kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan kerajaan.

Menurut Sinar Harian, lima menteri tersebut ialah:

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Pertanian & Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee

Susulan hal tersebut, dipercayai ia menjejaskan mesyuarat Kabinet yang sepatutnya diadakan semalam iaitu setiap hari Rabu, namun tidak dapat dilaksanakan ekoran rata-rata kebanyakan pemimpin perlu menjalani kuarantin.

Menerusi posting di Facebook, Ismail Sabri memberitahu yang beliau terus membuat ujian swab sebaik pulang dari Sabah dan perlu dikuarantin di rumah sehingga keputusan diperoleh.

Dalam pada masa yang sama, Hishammuddin juga telah diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah bermula 28 September lalu selepas pulang dari Sabah.

Hishammuddin: Memandangkan di Sabah baru-baru ini saya telah pergi ke Pitas bagi membantu kempen calon BN bagi DUN Pitas, Saudara Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif #COVID19, hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif.Saya tahu ada sebahagian jentera BN telah disahkan positif. Saya harap semua yang positif ini tabah dan segera beroleh kesembuhan. Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap SOP telah dipatuhi namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat. Risiko dijangkiti tetap tinggi. Sebab itu saya kagum, biarpun sedar risiko ini, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat jentera BN untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara

Kepada semua yang baru pulang dari Sabah khususnya jentera BN, nasihat saya – pastikan jalani saringan COVID19 dan segera lapor sekiranya terdapat simptom. Seperti saya maklum, saya sendiri akan kuarantin diri di rumah. Sama-sama kita bantu usaha KKM tangani penularan wabak ini.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga mereka ini tidak dijangkiti wabak COV1D 19 dan dapat pulang bertugas seperti sediakala. Yang paling penting, duduk di rumah semasa dalam tempoh kuarantin ya! #Stayhome #Staysafe.

Sumber : Lobak Merah