Donald Trump dan isteri positif Covid-19

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump dan isteri, Melania disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut diumumkan oleh Trump menerusi satu ciapan di akaun Twitter beliau @realDonaldTrump.

“Malam ini saya dan @FLOTUS disahkan positif Covid-19.

Posting di akaun Twitter Donald Trump.

“Kami akan mula menjalani proses kuarantin dan pemulihan dengan segera,” tulis beliau di akaun Twitter pada lewat malam Khamis waktu tempatan.

“Kami akan mengharunginya bersama-sama!” tambah Trump.

Sumber:mstar