Hargai Jasa, Pes4kit Bebas C0vid-19 Di Sabah Beri Hadiah Buat ‘Fr0ntliners’

Walaupun jumlah positif Covid-19 di Sabah setiap hari menunjukkan peningkatan yang amat ketara, namun jumlah kes yang disahkan sembuh serta dibenarkan discaj daripada hospital juga tinggi.

Pastinya pengalaman dikuarantin sebagai pesakit Covid-19 memberikan satu cerita tersendiri buat mereka terutamanya apabila sudah mengenali para petugas kesihatan yang memberikan rawatan kepada mereka.

Oleh itu, menerusi perkongsian daripada laman Facebook Hospital Beaufort, pesakit-pesakit Covid-19 yang sudah sembuh pada hari ini (semalam) telah membelanja petugas-petugas kesihatan di Pusat Rawatan dan Kuarantin berisiko rendah (PKRC) makan dan memberi mereka saguhati berbentuk hamper.

Petugas kesihatan mengakui berasa terharu dengan ingatan para pesakit yang sudah sembuh kerana sudah menganggap mereka semua seperti sebuah keluarga.

Muat naik itu turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila membuat perkongsian semula di Facebooknya.

Beliau telah mendoakan agar Allah S.W.T mempermudahkan urusan semua petugas barisan hadapan dan memberikan kata-kata semangat agar mereka terus berkhidmat dengan ikhlas dalam tugas yang diamanahkan.

Sumber: Hospital Beaufort, Hisham Abdullah