“Jika Kami Tumbang, Seluruh Negara Juga Akan Tumbang…” Dr Noor Hisham

Umum sedia maklum bahawa gelombang ketiga pandemik Covid-19 sedikit berbeza dengan sebelum ini. Jumlah positif harian direkodkan sangat tinggi sehingga mencecah lebih daripada seribu angka.

Walaupun kes-kes positif tersebut dicatatkan di kawasan zon merah seperti di Sabah dan Selangor, namun ia dilihat sangat membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri, Dr Jemilah Mahmood telah berkongsi perbualan beliau bersama barisan petugas kesihatan yang mengendali makmal spesimen Covid-19.

Muat naik yang dibuat di Twitter itu telah mendapat respon daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila memaklumkan bahawa mereka semua adalah barisan pertahanan negara dan jika mereka tumbang, seluruh negara akan lumpuh.

“Kami adalah barisan pertahanan terakhir jika kami tumbang, seluruh negara juga akan tumbang. Hal ini termasuklah kehilangan nyawa dan kehilangan mata pencarian.”

Hal ini berikutan petugas kesihatan negara telah bertungkus-lumus sejak sepuluh bulan yang lalu bagi melawan pandemik ini dari terus menular.

Walaupun sebelum ini kita hampir berjaya, namun kehadiran gelombang ketiga Covid-19 kembali menduga mereka terutamanya di negeri Sabah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Twitter Dr Noor Hisham dengan memberikan kata-kata semangat buat barisan wira negara ketika ini.

Mereka juga tidak putus meninggalkan doa buat petugas kesiahtan agar terus kuat dan tabah mengharungui dugaan hebat ini. Semoga frontliners kita terhindar daripada wabak maut tersebut ketika sedang berjuang memberikan rawatan terbaik buat pesakit Covid-19.

 

Sumber:Dr Noot Hisham Abdullah