Kena ‘Culik’ Ketika Kelas Online, “Best Lecturer Sporting Macam Ni…”

Sepanjang musim PKPB ini tentu sekali ramai pelajar yang telah mula menjalani kelas secara atas talian. Bagi yang tidak bernasib baik, mereka mungkin telah melalui rutin itu sejak dari awal tahun.

Menjalani kelas secara online walaupun nampak mudah dan santai tetap memberikan tekanan kerana pelajar lebih sukar untuk memberikan sepenuh perhatian atau berkomunikasi dengan pensyarah. Jadi tidak hairanlah jika ada pelajar atau lecturer yang cuba untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dengan pelbagai cara.

Dalam sebuah video yang tular di Twitter, seorang pelajar lelaki dilihat sedang fokus menjalani kelas online bersama pensyarah dan rakan-rakan kelas yang lain.

Namun dia tidak tahu bahawa rakan-rakannya telah merancang untuk menculiknya ketika kelas berlangsung sebagai prank. Tanpa pelajar itu sedari, dua orang rakan yang bertopeng muncul di belakangnya sebelum menelangkupkan plastik di kepalanya untuk membawa dia pergi.

Ternyata kejadian itu dapat ditonton oleh semua orang yang menyertai kelas tersebut apabila lecturer kelas bertanya kepada pelajarnya yang bernama Haikal itu apa yang sedang berlaku.

Reaksi pensyarah wanita tersebut memanggil pelajarnya yang sedang diculik membuat ramai geli hati.

“Nada dia macam…”

“At least dapat ceriakan semua orang…”

“Terima kasih untuk hiburan…”

“Cara untuk ponteng kelas…”

“Haikal are you alright?”

“Best lect sporting macam ni…”

Sumber:HCL