Selamat Tinggal Malindo Air! 2,200 Krew Diberhenti, K0ngsi Kesed!han Hari Terakhir

Berikutan impak COVID-19 ke atas industri penerbangan, Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) juga terpaksa mengurangkan sekitar 2,200 daripada 3,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil.

Tinjauan di laman sosial Twitter mendapati rata-rata bekas pekerja syarikat penerbangan itu berkongsi posting istimewa selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi semalam.

Dengan meletakkan ‘hashtag’ #Malindo, mereka membuat dedikasi dengan mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat tambah rendah itu yang pastinya meninggalkan memori serta kenangan terindah.

Rata-rata memuat naik pelbagai gambar dan video bersama rakan seperjuangan sehingga turut mengundang sebak warganet yang lain.

Bekas pekerja yang menggunakan nama seperti @irriananana dan @nasuhajamil antara reda selain menerima takdir tersebut serta percaya dengan perancangan terbaik Allah SWT.

Terdahulu menerusi laporan media, syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu memuktamadkan untuk mengekalkan hanya kira-kira 1,000 pekerja sahaja.

Difahamkan proses pemberhentian tersebut dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang kekal akan melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

 

Sumber: Twitter , BH Online (Alzahrin Alias)