Polis Buru Seorang Pesakit Covid-19 Yang Dilapor Melarikan Diri Dari Hospital Queen Elizabeth

Seorang lelaki yang merupakan pesakit Covid-19 telah dilaporkan menghilangkan diri ketika di rawat di Hospital Queen Elizebeth (HQE), Isnin lalu.

Kejadian ini berlaku sekitar jam 4.30 petang apabila lelaki berusia 45 tahun itu diambil daripada pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 Intan Sabah untuk ditempatkan di hospital tersebut untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, pesakit tersebut yang dibawa bersama lima pesakit lain bertindak melarikan diri ketika masuk ke dalam hospital.

Siasatan awal mendapati pesakit tersebut dibawa naik ke tingkat lima hospital tersebut untuk menghantar pesakit lain dan diarah untuk menunggu di ruangan lif.

Bagaimanapun, apabila pengiring kumpulan mendapati suspek sudah menghilangkan diri dan hanya ada empat pesakit yang ada di ruangan lif tersebut.

Tambahnya lagi, usaha mengesan suspek tersebut di sekitar hospital tersebut gagal. Setakat hari ini, suspek masih lagi gagal dikesan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Sekssyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Kosmo