‘Panggil Nama Jarang Respon’ – Anak Lambat ‘Catch Up’ Gara-Gara Tengok TV, Dr Say Kongsi Pengalaman

Risau kemahiran komunikasi anak agak lambat, Dr Say Shazril dan isterinya Dr Azura telah meminta bantuan pakar terapi perkembangan kanak-kanak untuk menilai anak mereka iaitu Ace. Menerusi Instagram, Dr Say berkongsi kisah dan hasil ujian penilaian tersebut. Jom baca!

Lama dah tak buat post berpart-part ni tapi sebab isu ni dah lama saya dan bini risaukan maka tahan sikit okay? Mungkin ada yang dekat sini fikir “ala relax la doktor, awal sangat nak risau” or “dont worry doktor nanti sure akan okay” tapi lets keep an open mind okay? Ceritanya begini, seawal Ace 6 bulan bini dah risau sebab Ace tak babble dan tak pandang muka orang sangat. Maka bini bagitau diri dia “takpe tunggu sampai 9 bulan” dan bila Ace sampai 9 bulan dia berbunyi sikit maka bini lega.

Tapi “berbunyi” tu still tak berapa meyakinkan maka bini bagitau diri dia lagi “takpe tunggu sampai 12 bulan pula” dan keadaan ini berlanjutan sampailah Ace 18 bulan. Jenuh saya bagitahu bini yang “dont worry, Ace looks fine to me maybe perlahan sikit tang percakapan tapi tang perkembangan lain Ace padu gila”. But bini being a bini dan a doktor, she couldn’t stop worrying thinking yang Ace ada ciri-ciri autism. Seperti biasa seorang isteri kalau mereka risau, mereka tak akan risau sorang, mesti nak tarik si suami untuk risau maka saya pun mulalah risau sikit.

Terutamanya bila dah Ace 18 bulan ni, panggil namanya jarang sesangat dia respond. Takde meaningful words macam mama atau papa. Bila kami cakap “NO” or “NANAK (taknak)” Ace buat tak tahu. Tak boleh duduk diam dan sentiasa ke sana sini. Kalau ampa google semua ni semestinya akan menjurus kepada autism. Jadi something needs to be done. Semestinya bini nak jumpa pakar tapi pakar development kanak-kanak dekat Malaysia ada beberapa sahaja dan appointment untuk berjumpa mereka kena tunggu dekat setahun. Jadi something else needs to be done as soon as possible.

Menurut Dr Say, isterinya sangat risau melihat perkembangan Ace sejak umurnya 6 bulan lagi. Kerisauan tersebut semakin bertambah apabila Ace sudah mencecah setahun. Ini kerana, tindak balas dan bunyi yang dikeluarkan oleh Ace pada waktu tersebut tidak menyakinkan mereka sebagai ibu bapa. Lebih menggusarkan, mereka takut Ace mempunyai ciri-ciri autism. Susulan daripada itu, Dr Say dan isterinya telah berjumpa dengan pakar yang boleh membantu dalam perkembangan anak mereka.

Maka bini google “child development therapist” dan dia terjumpa dengan @fitincdc. Bila nak set appointment katanya kena tunggu 2 minggu, well 2 minggu is better than setahun maka kami set terus. @fitincdc tanya apa Ace suka buat, apa Ace tak suka buat dan apa kerisauan kami terhadap Ace maka kami jawab dengan mendalam segala persoalan mereka. Minimum umur kanak-kanak untuk di-assess oleh mereka adalah setahun 6 bulan, Alhamdullilah mujur kami bertindak awal sebab Ace baru cecah setahun 6 bulan.

Tiba-tiba Jumaat lepas bini dapat mesej saying @fitincdc ada free slot untuk assess Ace hari Ahad minggu yang sama maka semestinya kami on sebab the earlier they can assess, the earlier we can act. Ahad 9 pagi mereka sampai. Ada 2 therapists. Bawa beg luggage besar mengandungi pelbagai mainan. Assessment terhadap Ace bermula. Saya dan bini intai dari jauh. Tak mahu kacau takut nanti cerita kami mempengaruhi keputusan Ace. Sejam 15 minit Ace di assess sebab agak mendalam assessment mereka tapi Ace behave well mungkin sebab banyak mainan.

Selesai assessment, therapists ajak saya dan bini untuk bincang keputusan Ace. Sebelum mereka sempat bercerita saya tanya dulu “does Ace have the traits of an autistic boy?”. Saya nak get this over with terlebih dahulu sebab perkara ini lah yang merungsingkan saya dan bini terutamanya. Jawab mereka “we didnt see any traits in him, he didnt flap his hands, he didnt make any repetitive behaviours, he didnt arrange things in line”. Bila saya dan bini dengar semua tu kami lega sebab ini yang paling kami takutkan all these while. Kemudian depa sambung lagi “however we could see that his communication skills are equivalant to an 11 months old boy”. Kami kembali resah.

Menerusi beberapa ujian yang dilakukan oleh pakar terapi, Dr Say memberitahu bahawa Ace tidak mempunyai ciri-ciri autism. Namun, mereka terkejut apabila pakar tersebut memberitahu bahawa kemahiran komunikasi Ace sama seperti seperti bayi berusia 11 bulan.

Jadi kami tanya mereka “kenapa communication skills Ace ibarat budak 11 bulan?”. Mereka tanya kami kembali, “selalu bagi gadget tak kat Ace?”. Kami jawab “fon time nak tidokan dia je, cuma kami selalu bukak TV untuk Ace”. Tersenyum sinis mereka, katanya “TV is part of gadget. Bila budak-budak selalu tengok TV mereka terdedah dengan warna yang sentiasa bertukar-tukar dan pergerakan yang laju menyebabkan mereka susah nak fokus. Bila mereka susah nak fokus, mereka susah nak tangkap benda baru seperti language”. Terduduk kami dibuatnya.

Patutlah Ace tak pernah berhenti bergerak. Nak tengok die duduk sopan makan dalam baby chair, harapan. Nak tengok dia tertido dalam stroller, harapan. Nak tengok dia duduk diam 2 minit, harapan. Satu lagi yang saya dan bini perasan, kami jarang sekali sebut sesuatu benda sebelum bagi kepada Ace, contohnya “Ace, ball” atau “Ace, up”. Jadi ini membuatkan Ace tak perlu bersuara untuk meminta apa yang diingininya. Sama ada dia sendiri ambil objek yang dimahukannya atau ditariknya tangan kami sekiranya dia tidak sampai kepada objek itu yang kami ingat sweet bila tangan kami ditariknya. Lastly, @fitincdc beritahu yang Ace memerlukan therapy 2 kali seminggu untuk membantunya catch up. Kami akur.

Kesimpulan kisah ini, saya tahu pasti ada yang berfikir “relax doc, budak-budak memang macam ni. Nanti 2 atau 3 tahun sure dia catch up lah”. Tapi saya tanya balik “what if they don’t”. Salahkah saya nak overtreat anak saya berbanding saya undertreat dia? Sebab apa yang saya perasan berdasarkan pembacaan dan yang DM saya, ramai parents masa kini yang in denial. Anak 3 tahun tak boleh sebut sepatah perkataan katanya “takpe bagi masa”. Tidakkah kita tidak berlaku adil kepada anak kita sekiranya kita tidak membantu mereka dalam perkembangan mereka? Alhamdulillah ramai yang mula “celik” bila saya buat post ni. Ramai yang DM berceritakan kisah anak sendiri, anak buah, anak dalam jagaan. Kalau bukan kita ibu bapa nak bantu anak-anak kita sendiri, siapa lagi yang anak-anak kita nak harapkan.

Oleh itu, Dr Say meminta penjelasan daripada pakar tersebut mengenai punca kenapa Ace lambat dari segi komunikasi. Menurut pakar tersebut, Ace terdedah kepada gadget dan dia perlu menjalani sesi terapi sebanyak dua kali seminggu. Di akhir posting, Dr Say berharap perkongsiannya itu dapat memberi manfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Sumber: Dr Say Shazril,ohbulan