Tok Singa Dah Pagar

KUALA SELANGOR – Mist3ri ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula ‘mer3bak’ ke Tanjong Karang dan Kuala Selangor hingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat.

Seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang menetap di Kampung Parit 3 Sungai Burong di sini diganggu dengan bunyi ketukan di hadapan pintu utama rumahnya kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Anuar Anal, 43, berkata, kejadian didengari semasa dia berada di bilik utama selepas membuang air di tandas.

“Belum sempat melelapkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah.

“Saya kemudian terus mengintai dari celah bawah pintu dan langsir tingkap, namun tidak nampak bayang sesiapa di depan rumah.

“Dalam hati ada juga terlintas adakah yang ketuk rumah saya pocong seperti yang kecoh di Sabak Bernam?” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tular di platform YouTube seorang jiran ternampak kelibat lembaga berpakaian putih.

Katanya, semasa kejadian, isteri dan tiga anaknya lagi sudah lena tidur dan perkara itu hanya diceritakan keesokannya.

Sementara itu tular di saluran YouTube mendakwa kejadian penduduk ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan di Kampung Kuantan awal pagi tadi.

Video berdurasi 0.45 saat itu dimuat naik seorang Youtuber menggunakan akaun nama Pak Nil pagi tadi.

Menerusi deskripsi yang dimuat naik di platform itu menyatakan jiran yang ternampak makhluk menakutkan di atas jalan kemudian menghubungi jiran sebelah rumah.

“Jiran sebelah kemudian keluar dari rumah dan nampak kelibat sama sebelum masuk ke dalam rumah.

“Sejurus (jiran sebelah) masuk (semula) ke dalam rumah, pintu (rumah) kena ketuk pula,” katanya.

Sementara itu, seoarang Pakar Perubatan Islam yang di kenali sebagai Tok Singa mendakwa sudah pun memagari seluruh kawasan yang terlibat dengan gangguan ketukan pintu Misteri

Tok Singa Sudah Pagar Kawasan Gangguan

“Selepas membuat pagar seluruh tempat yang ada ganguan di sabak bernam…

“Saya tidak tidur langsung.merasakan ada benda yang sedang m4rah kepada saya.Alhamdulillah saya gunakan masa tak boleh tidur dengan melakukan zikir dan solat untuk penduduk disini..

“Saya ucapkan ribuan terima kasih pada penduduk di sabak bernam yang memberi laluan pada saya dan support saya..tak lupa juga pada PDRM sungai besar,yang memberi kerjasama baik pada saya.

“Team paranormal psb anda jugak yang terbaik membantu saya.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya dan yang follow saya..tak lupa juga pada haters saya i love you

Sebulum ini, Tok Singa juga ada berkongsi cara untuk mengelakkan gangguan ketukan pintu misterii

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai yang duk tag saya dalam kes “KETUKKAN PINTU MISTERI” Di kawasan kampung di sabak bernam…

Pertama sekali,jika sudah periksa memang tiada perbuatan kianat oleh manusia maka kita balik lah pada agama kita…jin itu wujud dan ganguannya juga wujud…(orang sana lebih mengetahui apa yang berlaku disana)…

Saya hanya boleh berkongsi kaedahnya jika benar2 ia bukan perbuatan kianat oleh manusia yang hanya menakut-nakutkan orang lain…

Jika perbuatan dari jin ini kaedahnya. Saya kongsikan apa yang saya belajar.

1.cari kunyit hidup,daun bidara dan tumbukan dan dicampurkan dengan garam kasar lalu ambil sedikit tanah dihadapan rumah dan campurkan sekali dengan ramuan itu..

2.selepas dicampurkan ke4 bahan itu lalu bacalah:

*Al fatihah 7x, *ayat kursi 7x, *surah yassin 7x, *al ikhlas 7x, *al falaq 7x, *an nas 7x..dan selawat 44x…

“(Jika ketua kg ada seeloknya ketua kg yang buat dan agihkan pada penduduk kg…jika tak ada ketua kg maka lakukan lah sendirian)

“Ditiupkan pada 4 bahan yang dicampurkan tadi…dan taburkanlah dikawasan luar rumah masing2…insyaAllah dengan izinNya…

“Yang menghancurkan g4nguan ji-n adalah Allah swt.

“Jika ada kaedah lain2 yang tidak bertentangan dengan syariat boleh juga diamalkan

“Semoga Allah mempermudahkan dan menyelesaikan masalah penduduk disana..amin.

Polis siasat g4ngguan ketukan pintu mist3ri

Sabak Bernam: Polis telah memanggil beberapa penduduk yang mengalami gangguan bunyi ketukan pintu bagi menjalankan sias4tan lanjut berhubung kej4dian itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, selain penduduk, ahli paranormal yang membuat rakaman ‘live’ juga dipanggil untuk memberi keterangan.

“Untuk makluman, tidak semua mangsa dapat hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

“Kita pergi ke rumah mereka (mangsa) untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian (gangguan ketukan pintu),” katanya, hari ini.

Agus Salim berkata, sehingga kini pihaknya hanya menerima satu laporan daripada seorang pemimpin peringkat kampung mengenai gangguan itu.

“Kita terima satu aduan pada 22 November lalu mengenai rumah beliau (pemimpin peringkat kampung) yang didakwa diganggu bersama 24 lagi buah rumah di kampung berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya meningkatkan kawalan rondaan di beberapa kampung dan taman perumahan susulan gangguan itu.

“Kita minta kerjasama penduduk supaya membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi mengatasi isu ini,” katanya.

“Orang ramai juga diminta tidak menokok tambah perkara sedia ada selain menyebarkan maklumat tidak sahih hingga menimbulkan tanda-tanya dan ketakutan kepada penduduk.

“Sekiranya perkara ini berterusan, kita bimbang ada pihak yang akan mengambil kesempatan (susulan gangguan ketukan pintu). Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat, salurkan segera kepada pihak polis,” katanya.

Harian Metro melaporkan penduduk daerah Sabak Bernam dilanda tanda-tanya dan ketakutan susulan gangguan ketukan pintu mist3ri yang berlaku sejak 18 November lalu.

Sumber : http://trendingsangat.pw