Lebih 70 Peratus Kes Kini Libatkan Warganegara, KKM Titip Pesan ‘Selamat Menempuh 14 Hari Yang Mencabar Dengan Jujur’ Kepada Semua Rakyat Malaysia

Semalam negara menerima perkhabaran ‘duka’ apabila kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali yang kedua berkuatkuasa tengah malam ini.

Ia melibatkan sebanyak enam negeri yang mempunyai kadar jangkitan C0VID-19 yang tinggi, disusuli PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di negeri-negeri yang kurang berisik0.

Bagaikan peperang4n untuk ‘pusingan kedua’, Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi berdepan detik sukar apabila kes jangkit4n harian semakin bertambah sehingga mencapai empat angka sehari sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Justeru, tempoh 14 hari yang bakal kita lalui nanti adalah langkah pemula untuk KKM berjuang berhabis-habisan memutuskan rantaian jangkit4n C0VID-19.

Pagi ini, laman Facebook rasmi KKM berkongsi pesanan dan nasihat untuk rakyat Malaysia, segalanya adalah demi kebaikan bersama.

Ikuti ulasan di bawah ini.

Gambar: KKM

Selamat menempuh 14 hari yang mencabar dengan jujur

Tepat jam 12.01 tengah malam ini, maka berkuatkuasalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga di enam buah negeri dan dua Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dua negeri.

Pelaksanaan semula PKP selepas beberapa kelonggaran bukan keputusan luar biasa dalam era p4ndemik #C0VID19 ini. Beberapa negara terutama di Eropah dan Asia telah mengambil tindakan yang sama susulan kes jangkit4n kembali meningkat selepas semua sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi semula.

Selepas 7 Disember 2020, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dengan mengambil kira situasi semasa ketika itu yang mana kebanyakan kes jangkit4n berlaku dalam kalangan pekerja asing dan terkaw4l.

Namun, dalam masa singkat, jangkit4n mula merebak dalam kalangan rakyat tempatan dan dalam komuniti. Ketika ini, lebih 70% kes positif adalah rakyat tempatan.

Dengan peningkatan mendad4k purata 2,000 kes sehari malah pernah melebihi 3,000 kes sehari, strategi yang diguna pakai KKM didapati tidak lagi berkesan dalam usaha mengimbangi keperluan kesihatan dan ekonomi.

Dengan kes baharu lebih 2,000 sehari, fasiliti kesihatan KKM tidak lagi mampu menampung bilangan pesakit.

Mengikut unjuran, kes harian boleh mencecah 5,000 kes sehari pada Februari dan 8,000 kes sehari pada Mac.

Jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas mulai sekarang, sistem perkhidmatan kesihatan kita akan runtuh dan tidak lagi mampu berfungsi seperti yang berlaku di beberapa negara di dunia termasuk negara-negara jiran.

Gambar: KKM

Justeru, KKM perlu melaksanakan strategi baharu yang berkesan dalam tempoh singkat iaitu dengan menghadkan pergerakan orang awam untuk memutuskan rantaian jangkit4n dan pada masa yang sama menjalankan secara lebih aktif aktiviti pengesanan, saringan dan pengasingan/rawatan.

Strategi ini adalah satu keperluan mendesak kerana penularan jangkit4n terutama di enam buah negeri zon merah itu semakin tidak terkawal dan dibimbangi menular ke negeri-negeri lain.

Kita berdoa agar tempoh 14 hari memadai kerana banyak pihak yang akan ‘terluk4’ jika dilanjutkan – pekerja, peniaga, majikan, industri dan kerajaan.

Dalam tempoh dua minggu yang sangat mencabar ini, semua pihak tanpa mengira status sosial atau ekonomi perlu mematuhi sepenuhnya arahan, SOP dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Tempuhi tempoh dua minggu ini dengan jujur, jangan ada yang ‘cur4ng’.

Sasaran kita bukan zero kes kerana itu mustahil, tapi cukup kepada satu angka yang membolehkan penularan jangkit4n dikawal sepenuhnya daripada terus mereb4k.

Marilah kita sekali lagi berganding bahu menyelamatkan negara seperti yang kita lakukan ketika gelombang kedua. Tugas ini bukan hanya terletak di bahu petugas kesihatan KKM tapi tanggungjawab kita semua.

Kita berusaha dan kita berdoa kepada Tuhan. Selamatkan dan lindungiku negaraku, Malaysia.

#JagaNegaraKita🇲🇾

-admin-

Selamat menempuh 14 hari yang mencabar dengan jujur Tepat jam 12.01 tengah malam ini, maka berkuatkuasalah Perintah…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, January 11, 2021

Sumber: KKM,siakap keli