Dah boleh pergi gim, main golf! Lebih banyak operasi, aktiviti dibenarkan mulai esok dengan SOP ket4t – Ismail Sabri

KERAJAAN mengumumkan lebih banyak operasi perniagaan dan aktiviti yang dibenarkan bermula Jumaat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ket4t.

Berikut adalah operasi perniagaan dan aktiviti yang dibenarkan bermula 12 Februari:

1. Jogging, brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja.

2. Tenis, badminton, ping pong.

– Kebenaran hanya bagi acara perseorangan sahaja.

– Hanya 30 peratus individu yang dbenarkan berada di dalam premis.

– Dilar4ng berkongsi peralatan seperti raket dan bat.

– Memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan pada setiap masa

3. Aktiviti latihan kemahiran kendiri seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang dilakukan secara perseorangan.

4. Permotoran (dua roda dan empat roda).

5. Gimnasium.

– Penjarakan fizikal satu hingga tiga meter (aktiviti statik) dan tiga hingga lima meter (aktiviti dinamik).

– Hanya 30 peratus individu yang dbenarkan berada di dalam premis.

– Jarak susunan peralatan sekurang-kurangnya dua meter.

– Peralatan yang dik0ngsi dibersihkan dan diny4hkuman selepas setiap kali penggunaan.

– Kelas latihan berkumpulan tidak dibenarkan.

– Penggunaan bilik persalinan dan bilik mandi adalah dil4rang.

6. Golf.

– Penggunaan satu buggy untuk seorang sahaja.

– Pemakaian pelitup muka dan sarung tangan oleh kedi sepanjang masa.

– Driving range dibenarkan dengan mematuhi protok0l pengurusan.

– Dilar4ng berkongsi peralatan golf.

– Penggunaan bilik persalinan atau bilik mandi adalah dil4rang.

– Pastikan tidak bersalaman dan bersentuh4n serta kurangkan interaksi sosial.

– Kemudahan club house adalah tidak dibenarkan.

7. Penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial seperti pusat kecergasan/gimnasium, dewan badminton/gelanggang tenis/ ping pong/ sepak takraw, padang hoki/ bola sepak/ futsal/ bola keranjang, pusat litar permotoran dan padang golf hendaklah secara penjadualan dan tempahan

8. Bagaimanapun, semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuh4n masih lagi tidak dibenarkan.

9. SOP terperinci boleh merujuk laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

10. Institut memandu dan pusat latihan penerbangan dibenarkan beroperasi dengan SOP ket4t. Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 8.30 malam.

11. Aktiviti dan operasi memancing melibatk4n kolam pancing, houseboat, pelantar pancing (kelong), rumah rakit, bot memancing dengan SOP ketat. Waktu operasi dari 8 pagi hingga 10 malam.

Sumber:mstar