“Mahu Tahu Apa Sebab Pingat Ditarik Balik…,” Boy Iman Menjawab Isv Tersebut

Perkhabaran mengenai penarik4n balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ daripada Boy Iman ternyata menyebabkan pelakon dan usahawan berkenaan t3rkejut.

Menurut Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, walaupun dimaklumkan gelarannya sudah dit4rik balik, dia mendakw4 masih belum menerima surat rasmi daripada Istana Pahang berhubung perkara tersebut.

Tuan punya badan pun belum tahu secara rasmi. Saya hanya mengetahui mengenainya daripada media. Sebagai penerima, rasanya saya layak tahu apakah sebabnya pingat itu dit4rik balik,” ujarnya.

Boy menganggap berita tersebut memberi impak neg4tif ke atas imej dan reput4sinya. Bagaimanapun, ia turut membuktikan dia ‘menerima’ gelaran itu secara sah, bukanlah seperti dicanang sebelum ini yang mendakw4 dia membeli gelaran tersebut.

“Sebenarnya kalau benar atau tidak benar pun, ia sudah mencetuskan satu imej atau gambaran yang tidak baik.
“Tapi, di sudut yang lain pula ia membuktikan yang saya menerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang itu daripada Istana Pahang bukan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini saya adalah ‘datuk di pagar’ atau beli,” jelasnya.

Bagaimanapun tambah usahawan berusia 40 tahun itu lagi, walau apa pun keputusan yang telah dibuat, dia menerima dengan hati terbuka.

Selain Boy Iman, seorang lagi pelakon turut menerima nasib sama iaitu Farid Kamil yang menjelaskan dia menerima keputusan berkenaan tanpa sebarang persoalan.

Sumber : OMM