Mula2 nak beli Axia je, gadis b4ngga mampu beli Mercedes pada usia 20 tahun

Buat sesiapa yang berusaha, pasti mereka boleh mengecapi harta dan kekayaan yang diimpikan suatu hari nanti. Begitulah seperti k1sah gad1s berusia 20 tahun ini apabila dia berjaya meraih kejayaan di usia muda.

Menerusi sebuah perk0ngsian di aplikasi TikTok, usahawan tudung itu dilihat menerima sebuah kereta mewah berjenama Mercedes-Benz yang dibeli menggunakan duit simpanan sendiri.

Beli kereta mewah guna duit simpanan

Memetik temubual mStar, gadis bernama Nur Alia Shahirah Hayazi itu bercerita bahawa dia sudah melibatkan diri dalam perniagaan sejak 13 tahun lagi.

“Saya start bisnes masa tingkatan 1. Masa tu saya jual sabun madu kelulut, jual baju bundle, jual chocojar, ayam Korea, kek dan macam-macam lagi.
“Ketika tingk4tan 5 saya mula jual tudung pula. Kemudian habis sekolah, saya sambung pengajian dalam bidang Filem di Universiti Teknologi Mara (UITM). Sempat belajar sebulan, saya berhenti dan terus fokus pada bisnes,” katanya.

Mula2 nak beli Axia atau MyVi

VIDEO

Berkongsi mengenai kereta pertamanya itu, Alia berkata bahawa dia sudah men4bung wang selama 2 tahun dan tidak sangka impiannya akan menjadi kenyataan.

Pada awalnya dia mahu membeli kereta Perodua Axia atau MyVi tapi kerana rezeki Allah, dia memilih kereta Mercedes.

“Ini kereta pertama, saya menabung sejak 2 tahun lalu. Tapi kalau diingat semula masa tingkatan 5 dulu, saya hanya target nak beli Perodua Axia atau MyVi.
“Tapi ini semua rezeki Allah. Mungkin nampak biasa pada mata orang, tapi ia luar biasa pada saya. Saya kadang-kadang tak tidur malam fikirkan perni4gaan,” jelasnya.

Menurut anak b0ngsu daripada 3 beradik berkenaan, dia berasa seron0k menjadi usahawan pada us1a muda. Selain dapat pengal4man baharu, Alia turut bersyukur kerana dapat berbakt1 kepada keluarga.

Sumber TikTok @aliacollection

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*