Sesi PdPR dicerob0h kumpulan pengac4u… kongsi f0to tak senon0h, buat bis1ng! Benarkah kelas online dah tak selamat?

SESI pengajaran dan pembelajaran (PDPR) murid-murid secara dalam talian kini didakwa diancam oleh ahli dari kumpulan penceroboh yang bukan sahaja akan mengganggu sesi tersebut, malah ada yang mengambil alih sidang maya yang sedang berlangsung.

Perkara tersebut didedahkan seorang ibu kepada wartawan mStar.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Afifah, 42, berkata, gangguan tersebut berlaku pada hari Khamis lalu ketika anaknya yang berusia 11 tahun sedang mengikuti kelas Lughah Al-Quran secara online.

“Saya tak ada di depan komputer anak, tapi melalui maklumat yang dikongsikan dengan saya, dia sedang mengikuti kelas Lughah Al-Quran dan lebih kurang satu jam selepas kelas bermula tiba-tiba Google Meet kelasnya dimasuki ‘orang luar’.

“Mereka kongsi screen masing-masing tunjuk macam-macam, ada yang buat b1sing ada yang letak gambar tak senon0h dan ada yang men4ri.

“Kemudian seorang demi seorang murid dalam kelas berkenaan dikeluarkan, tak pasti sama ada oleh ustaz atau ustazah kelas atau pencerob0h terbabit, tapi kelas yang sepatutnya berlangsung selama dua jam akhirnya terpaksa dibat4lkan,” kongsi Afifah yang menetap di Puchong, Selangor.

Afifah yang bertugas sebagai seorang jurutera berkata, anaknya mendkwa bahawa individu yang mencerob0h sesi PdPR tersebut terdiri daripada individu pelbagai bngsa.

“Saya tak pasti dia nampak wajah mereka atau tak, tapi dia cakap pelbagai bngsa yang masuk raid kelas, mungkin dia hanya mengag4k melalui nama yang digunakan mereka untuk masuk ke kelas tu,” jelasnya.

Sementara itu, semakan mStar di platfrom Telegram menemui beberapa grup dengan nama ‘Zoom Raiders’ (penceroboh Zoom) yang mempunyai ribuan pengikut.

Menerusi grup tersebut, mereka dilihat saling berkongsi pautan (link), nama pengguna (username) serta kata laluan (password) pelbagai sesi PDPR, dipercayai dengan niat untuk membuat kacau ketika sesi sedang berlangsung.

Menerusi grup tersebut, mereka dilihat saling berkongsi pautan (link), nama pengguna (username) serta kata laluan (password) pelbagai sesi PDPR, dipercayai dengan ni4t untuk membuat kac4u ketika sesi sedang berlangsung.

Menurut Afifah, selain sesi PdPR, kumpulan pengacau ini dipercayai turut mengg4nggu beberapa sesi mesyuarat korp0rat serta cerama4h awam yang dijalankan secara dalam talian.

Afifah berpandangan, guru dan pihak sekolah kini seharusnya lebih berh4ti-h4ti serta memastikan link Google Meet atau Zoom yang dihantar kepada murid-murid dilengkapi ciri-ciri yang lebih selamat.

“Niat saya berkongsi isu ini supaya kita semua boleh memant4u anak-anak kita dan memastikan mereka tidak terjeb4k dengan aktiv1ti sebegini.

“Dalam masa yang sama, saya rasa mungkin kita perlu beri pended4han kepada guru-guru untuk memastikan link Google Meet dan Zoom mereka lebih secure, sebab kemungkinan ada ramai guru yang kurang arif mengenai penggunaan aplikasi ini,” katanya.

Kredit Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*