Intan Ladyana selamat bers4lin anak pertama

PELAKON Intan Ladyana selamat melahirkan anak pertama pada lewat malam Isnin.

Berita tersebut dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Harris Alif menerusi satu hantaran Instagram.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. 11.40 malam, 31/1/2022,” tulis Harris secara ringkas.

Khabar gembira tersebut turut disahkan ibu Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid ketika dihubungi oleh mStar.

Pasangan ini sepakat merahsiakan jantina bayi ketika disahkan h4mil
“Syukur, terima kasih yang ucapkan tahniah. Saya tak boleh nak beritahu banyak kerana tidak bersama mereka.

“Harris masih berada di h0spital,” ujar ibunya kepada mStar.

Pada petang Isnin, Harris berkongsi foto bersama Intan ketika berada di h0spital selain memohon doa untuk permudahkan urusan bers4lin.

Harris, 23, dan Intan, 40, berkahwin pada 5 Februari 2020 di Kuala Lumpur.

Pasangan ini sepakat merahsiak4n soal keh4milan namun perubahan pada Inta mula dihidu peminat sejak hujung tahun lalu.

Intan juga pernah dik3jarkan ke h0spital setelah disahkan positif C0vid-19 ketika hamil pada Disember lalu.

Sumber:mstar,omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*