“Pasal air mineral pun cari point?” – suami Nora Danish

Anak bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Mohamad Nedim menemp3lak segelintir netizen di Twitter berhubung isu air mineral ‘kayangan’ jenama Evian.

Menurut Nedim yang juga suami kepada pelakon Nora Danish, dia menyifatkan golongan tersebut adalah dvngu sehingga mencari kesalah4n tertentu meskipun hanya mengenai air mineral.

“T3ruk sangat orang beb*l sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point,” tulis lelaki berusia 39 tahun itu menerusi satu ciapan di Twitter.

Sebelum itu, netizen seolah-olah kurang berpuas hati apabila menonton sebuah video memaparkan satu mesyuarat khas menteri yang menghidangk4n air mineral Evian 500ml pada 31 Januari lalu.

Nedim berkata, bagaimana golongan itu terutama generasi muda dapat memimpin negara pada masa akan datang kerana hal remeh seperti itu juga menjadi perdebatan hebat sejak beberapa hari lalu.
“Generasi muda jenis ini nak jadi pemimpin masa depan ? Mamp*s,” ujarnya.

Ciapan berkenaan diulang kicau sebanyak 284 kali selain dipenuhi pelbagai komen netizen yang rata-rata terus meng3cam pandangan Nedim terhadap isu tersebut.

Sebab sebotol air hampir sama harga ayam!

Anak orang kaya bukan pernah hidup sus4h

Dulu kau pun bebel pasal m4ngsa banjir…

Sumber: Twitter @NedimNazriAziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*