Pasukan penyelamat gigih buat pencarian, lelaki terjun sungai rupa-rupanya dah selamat balik rumah

KEJADIAN seorang lelaki yang dipercayai terj4tuh dari jambatan Sungai Besut, Terengganu pada Rabu ternyata mengg3mparkan penduduk setempat.

Namun ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), lelaki itu rupa-rupanya sudah pulang ke rumah.

Lelaki berusia 56 tahun itu mend4kwa, selepas terjun dan ‘menyegarkan’ diri di sungai itu, dia pulang ke rumahnya yang terletak di Lay Out Padang Luas, Jerteh.

Timbalan Ketua P0lis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, perkara itu dimaklumkan isterinya susulan hebah4n di laman sosial mengenai operasi SAR di jambatan berkenaan.

Katanya, wanita berusia 53 tahun itu bersama anaknya kemudian datang ke balai p0lis kira-kira jam 9.30 pagi pada Khamis untuk menceritakan hal sebenar.

“Isteri mangs4 ternampak status di Facebook dan ciri-ciri pakaian individu berkain pelikat yang did4kwa terj4tuh dari jambatan sama seperti dipakai suaminya ketika kejadian.

“Lelaki itu kemudiannya dibawa ke H0spital Besut untuk menerima rawat4n selepas meng4du s4kit-s4kit badan kerana terjun sungai,” katanya.

Azrol Anuar berkata, siasat4n mendapati punca sebenar lelaki itu bertind4k terjun dari jambatan adalah kerana tidak tahan pan4s.

“Lelaki berkenaan mend4kwa badannya panas pada setiap jam menyebabkan dia berasa tidak tah4n lalu nek4d terjun dari jambatan pada waktu tengah hari,” katanya.

Pada Rabu, seorang pengguna jalan raya membuat laporan p0lis selepas ternampak lelaki berkenaan terj4tuh jambatan menerusi cermin sisi keretanya kira-kira jam 1.55 petang. – Sinar Harian.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*