“Kahwin Balik Dgn Sharnaaz Je La..”- Wanita Perli Hubungan Noor Nabila Dgn Suami, Sekali Ini Jwapan Sharnaz

Rumah tangga kakak kepada selebriti p0pular, Neelofa iaitu Noor Nabila kembali menjadi bualan ramai apabila usahawan terkenal itu bertind4k memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram (IG).

lsu itu membuatkan warganet tertanya-tanya sama ada benar mahligai yang dibina itu sedang berg0lak dan secara tidak langsung mengaitkan nama bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iranadhirah bertindak berani mati apabila cuba menjodohkan Sharnaaz dan Nabila kembali.

Ini berikutan tindakan Nabila yang mempertahankan bapa kepada anaknya, Jayden Ahmad yang didakwa memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, baru-baru ini.

K0men Wanita dan Respon Sharnaaz.

Jaga tepi kain orang.

Ciapan itu telah mengundang pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad untuk memberikan reaksi. Kata pelakon berumur 36 tahun, tindakan wanita itu tidak seiring dengan penampilan dirinya yang bertudung labuh berdasarkan gambar profil.

Tidak habis di situ, wanita itu membalas, “Lah tak kutuk pun kot. Rileks la.”

Pada Jun lalu, Nabila menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah. Katanya, dia dan suami memilih untuk jarang berkongsi foto bersama memandangkan ini perkahwinan kali ketiga untuk mereka berdua.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Spekulasi rumah tangga dengan Engku Emran kembali hangat, Noor Nabila padam semua gambar suami di IG.

Dalam satu perkongsian di Instagram Stories, Nabila memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.

Menerusi perkongsian petikan lain pula, Nabila berkongsi tulisan Jade Torres tentang seseorang yang berhak mendapatkan pasangan yang sesuai dan menyedari cinta mereka dan bukannya bertepuk sebelah tangan.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan berhubung perkara itu daripada Nabila dan Engku Emran tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak berbalas.

Ini bukan kali pertama gosip mengenai perkahwinan pasangan itu dikatakan berantakan malah pada Jun lalu lagi timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka bermasalah.

Nabila bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.

Nabila juga memberitahu memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan tidak memuat naik gambar bersama di media sosial bukan bermaksud rumah tangganya retak.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira 2007 sebelum bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Engku Emran kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2020.

Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Jika benar spekulasi mengenai rumah tangga mereka berantakan, kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*